..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Sunday, August 14, 2011

Hati, Hawa Nafsu dan Manusia


bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum :)

hari ni ada sesuatu yang ingin saya kongsikan, berkenaan Halaqoh/usrah yang diketuai oleh umi dan abah saya. banyak benda menarik berkenaan dengan agama diulas dan dibincangkan bersama. ini satu proses pentarbiahan yang paling saya suka kerana halaqoh ini menyatukan hati-hati manusia kerana Allah. dan merupakan salah satu majlis ilmu yang akan dipayungi oleh sayap malaikat. juga membasahkan jiwa dengan kalamullah, hujah berdalil dari sunnah dan alQuran dan macam2 lagi. hmm tak kurang juga yang berdebat terutamanya abang kedua saya dengan abah, fuhhh senak perut dibuatnya.

di sini ingin saya kongsi sebahagian pengisian halaqoh family pagi tadi berkenaan dengan hawa nafsu. em maklumlah ni kan bulan puasa. bulan puasa dikaitkan dengan hawa nafsu kan?

sebelum Allah menciptakan manusia, perkara utama yang dicipta dulu ialah hawa nafsu. setelah itu Allah bertanya kepada hawa nafsu :

"siapa kau dan siapa aku?"

"aku, akulah. engkau, engkaulah." jawab hawa nafsu dengan sombong.

lalu Allah menyejukkan/bekukan hawa nafsu selama 1000 tahun. dan kemudianya dibawa keluar untuk disoal sekali lagi.

"siapa kau dan siapa aku?"

"aku, akulah. engkau, engkaulah." jawab hawa nafsu yang masih sombong, bongkak dan degil.

lalu Allah pun memenjarakan hawa nafsu sekali lagi selama 1000 tahun di dalam neraka lapar dan dibawa keluar untuk disoal.

"siapa kau dan siapa aku?"

"sesungguhnya aku hawa nafsu hambamu, engkau lah Allah yang Maha Esa yang menciptakan aku" jawab hawa nafsu menunduk.



haaa see? salah satu nak mengawal dan mendidik hawa nafsu kita ialah dengan berpuasa. menahan lapar. cara lain memang tak berkesan. jadi, bulan Ramadhan ni adalah diri kita yang sebenar benarnya. hanya manusia dan hawa nafsu. syaitan kan dah diikat. tetapi sedarkah kita walaupun berpuasa tetap ada manusia yang melakukan kejahatan dan kemungkaran? ini kerana hawa nafsu sudah terdidik oleh syaitan pada bulan bulan yang lepas ( sebelum Ramadhan lagi) sudah terbiasa dengan cara didikan syaitan. sudah sebati dalam hati. bersihkanlah hati kita. wallahuyuhibbul muthah hirinn Allah mengasihani orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin )

berpuasa saja tetapi hawa nafsu masih berada di takuk yang lama. pada bulan puasa ni marilah kita menddik hawa nafsu supaya dia tunduk pada kita, bukan kita tunduk pada hawa nafsu. jadikan puasa kita saham yang besar di akhirat nanti. bukan berpuasa tetapi tidak dapat apa apa kebaikan untuk bulan ni dan seterusnya. oh bulan ni juga merupakan bulan sabar. sabarlah kerana assobru minal imann, sabar sebahagian daripada iman :))


Abu Hurairah ; Rasulullah saw bersabda :
apabila telah tibanya bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat segala syaitan
-HR Imam Bukhari, Muslim, Nasa'ie, Ahmad & Baihaqi-





ps :: umi kata syaitan ada dua, jin dan manusia. syaitan sebenar sudah diikat maka yang tinggal ialah syaitan manusia yang terdiri daripada orang di sekeliling kita sendiri sama ada sedar atau tidak sedar. oleh itu berhati-hatilah. Insyaallah. Aafaakallah...

2 comments:

ain.. said...

mia,try tgk blog nie...sy suke:)
http://drmuhaya.blogspot.com

Amirah said...

thanks cik ain. really adore her! :D bahasa yg sopan dan tidak show off. walaupun dia doktor, tapi sering mengaitkan career dia dgn Pencipta. ada connection. like i said on my previous post--> Deep Inside Me

:)