..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Will Fade Away But The Spirit Alive

Assalamualaikum.

just a reminder to myself and all my friends.

"Allah sayang hambanya yang berbuat amal & ibadat secara berterusan. tidak terputus. Walaupun amal & ibadat itu sedikit. Rugi dan celakalah bagi orang yang terputus amalannya"


In ramadhan, many people do their praying, du'a, reciting the Holy Quran and all kind of goodness. But when ramadhan ends, their "goodness" also ends. No more goodness, all back to their normal routines. They forgot and left everything like never been in ramadhan before this. So bear in mind, we should istiqamah to make us strong and To maintain and adjust our guidance (taufiq & hidayah) from fading away. Then, you WON'T lost the guidance. insyaAllah...

Thursday, August 25, 2011

Prof Dan Pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.
......
Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.


ps :: hujah diatas ada bersangkut paut dengan sifat 20 Allah SWT yang wajib kita (akidah ahli sunnah wajamaah) tahu. kenali sifat 20-NYA. bukan setakat ada lagu supaya kita senang nak hafal, tapi pastikan kita tahu huraian setiap sifatnya. learn & find ( mesti drpd sumber yg sahih alQuran, Assunnah dan ijmak ulama'). yupp dekat sekolah agama/pend Islam ada diajar tetapi tidak secara terperinci. ianya hanya kulit bukan isi. bayangkan kalau anak/adik/sesiapa saja bertanya soalan mengenai Allah/akidah dan anda jahil tentang itu. nak jawab apa? habislah generasi.....

Tuesday, August 23, 2011

EMC Kerana..........


subhanallah. fahami ayat ini. fahami tersurat & tersiratnya.
usah bimbang..engkau memang cantik kerana kamu tidak pernah tahu betapa cantiknya dirimu.



EMC selagi kau tidak melulu.

EMC selagi kau menutup malu.

EMC selagi kau memelihara adab.

EMC selagi kau menjaga auratmu.

EMC selagi kau menjaga batas.

EMC selagi kau waras berhias.

EMC selagi kau bersifat fitrah.

EMC selagi kau pantang menyerah.

EMC selagi kau terus bersolat (sempurna).

EMC selagi kau lurus bertaubat.

EMC selagi kau jujur berilmu.

EMC selagi kau membaca alQuran.

EMC selagi kau beradab sopan.

EMC selagi kau kasih ibu bapa.

EMC selagi kau mendidik keluarga.

EMC selagi kau pandai menjahit dan memasak.

EMC selagi kau gemar mengikuti kem ibadat.

EMC selagi kau SABAR dan TENANG.

EMC selagi kau tegakkan Islam.

EMC selagi kau mencagah kemungkaran.

EMC selagi kau berkebajikan.

EMC selagi kau berniatkan Tuhan (Allah).

EMC selagi kau seindah Islam.

EMC selagi kau redha menerima Islam sabagai Ad-Deen (cara hidup) kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan.

katakanlah kepada dirimu sendiri bahawa "EMC selagi kau tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama IMAN"

EMC = Engkau Memang Cantik


Sunday, August 21, 2011

I Believe & I'm "In Relationship"

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day


I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared with him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace


I believe I believe, I believe I believe

Do you believe? dear...when you believe, you have to do with what you believe.

Belief in Allah..

Belief in the Angels..

Belief in the Revealed Books..

Belief in the Messengers (peace be upon them)...

Belief in the resurrection and Qiyamah.

Belief in the Allah's Qada' & Qadar.

Islam perlu diamalkan, dihayati, dipraktikkan, diajarkan...bukan sekadar nama sahaja. barulah kita merasa 'hawalatul iman..kelazatan iman.


We

Kita sering alpa & leka namun bila datang seseorang menasihati kita. Pandanglah dia dari sudut saudara yang mengambil berat akan diri kita, terima & hargailah apa yang disampaikan. Tidak kira siapa dia kerana kita & dia sama saja. Sedarlah bahawa itu mungkin cara ALLAH untuk meluruskan jalan kita kepadaNYA. Sedarlah bahawa betapa kasih dan sayangnya ALLAH kepada kita dengan mengurniakan seseorang yang tidak pernah lelah mendorong kita ke jalan yang di redhaiNYA :)

- friend, Halimah Saadiah-

kalimah diatas ini membuatkan saya berfikir sejenak. baca ulang dan ulang. itulah sahabat yang sering mengingatkan hakikat sebenar. tanda Allah sayang pada kita. kita patut rasa syukur dan beruntung kerana masih ada orang yang ambil berat pasal kita. janganlah sia-siakan....bila baca ayat diatas juga, teringat kisah Rasulullah saw apabila ditanya oleh sahabat kepada baginda :

"siapakah yang menjadi SAHABAT paling baik bagi kamu?"

"seseorang yang kamu memandang, lalu kamu teringat akan Allah SWT. Apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah. Apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat pada kehidupan akhirat"

impian saya. iaitu ingin menjadi sahabat kepada kamu semua.
impian saya. iaitu ingin sekali dihadiahkan oleh Allah seorang sahabat seperti itu.
kita semua bersahabat. saya sayang semua sahabat saya kerana Allah. sama rata..saya tak mahu sahabat saya pergi jauh dariNya. biar kita sama-sama dekat padaNya..insyaAllah..

ayat yang paling saya suka. dan saya pegang sampai bila-bila --> Mahabbah = berkasih sayang
-->Mahabbatullah = berkasih sayang kerana Allah
rasa indah sangat bila kita sayang kawan kita, sayang parents kita, saudara seIslam kita semua kerana Allah. rasa itu sangat berbeza. lain daripada lain! indahnya ukhuwah fillah..



Sunday, August 14, 2011

Hati, Hawa Nafsu dan Manusia


bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum :)

hari ni ada sesuatu yang ingin saya kongsikan, berkenaan Halaqoh/usrah yang diketuai oleh umi dan abah saya. banyak benda menarik berkenaan dengan agama diulas dan dibincangkan bersama. ini satu proses pentarbiahan yang paling saya suka kerana halaqoh ini menyatukan hati-hati manusia kerana Allah. dan merupakan salah satu majlis ilmu yang akan dipayungi oleh sayap malaikat. juga membasahkan jiwa dengan kalamullah, hujah berdalil dari sunnah dan alQuran dan macam2 lagi. hmm tak kurang juga yang berdebat terutamanya abang kedua saya dengan abah, fuhhh senak perut dibuatnya.

di sini ingin saya kongsi sebahagian pengisian halaqoh family pagi tadi berkenaan dengan hawa nafsu. em maklumlah ni kan bulan puasa. bulan puasa dikaitkan dengan hawa nafsu kan?

sebelum Allah menciptakan manusia, perkara utama yang dicipta dulu ialah hawa nafsu. setelah itu Allah bertanya kepada hawa nafsu :

"siapa kau dan siapa aku?"

"aku, akulah. engkau, engkaulah." jawab hawa nafsu dengan sombong.

lalu Allah menyejukkan/bekukan hawa nafsu selama 1000 tahun. dan kemudianya dibawa keluar untuk disoal sekali lagi.

"siapa kau dan siapa aku?"

"aku, akulah. engkau, engkaulah." jawab hawa nafsu yang masih sombong, bongkak dan degil.

lalu Allah pun memenjarakan hawa nafsu sekali lagi selama 1000 tahun di dalam neraka lapar dan dibawa keluar untuk disoal.

"siapa kau dan siapa aku?"

"sesungguhnya aku hawa nafsu hambamu, engkau lah Allah yang Maha Esa yang menciptakan aku" jawab hawa nafsu menunduk.



haaa see? salah satu nak mengawal dan mendidik hawa nafsu kita ialah dengan berpuasa. menahan lapar. cara lain memang tak berkesan. jadi, bulan Ramadhan ni adalah diri kita yang sebenar benarnya. hanya manusia dan hawa nafsu. syaitan kan dah diikat. tetapi sedarkah kita walaupun berpuasa tetap ada manusia yang melakukan kejahatan dan kemungkaran? ini kerana hawa nafsu sudah terdidik oleh syaitan pada bulan bulan yang lepas ( sebelum Ramadhan lagi) sudah terbiasa dengan cara didikan syaitan. sudah sebati dalam hati. bersihkanlah hati kita. wallahuyuhibbul muthah hirinn Allah mengasihani orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin )

berpuasa saja tetapi hawa nafsu masih berada di takuk yang lama. pada bulan puasa ni marilah kita menddik hawa nafsu supaya dia tunduk pada kita, bukan kita tunduk pada hawa nafsu. jadikan puasa kita saham yang besar di akhirat nanti. bukan berpuasa tetapi tidak dapat apa apa kebaikan untuk bulan ni dan seterusnya. oh bulan ni juga merupakan bulan sabar. sabarlah kerana assobru minal imann, sabar sebahagian daripada iman :))


Abu Hurairah ; Rasulullah saw bersabda :
apabila telah tibanya bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat segala syaitan
-HR Imam Bukhari, Muslim, Nasa'ie, Ahmad & Baihaqi-





ps :: umi kata syaitan ada dua, jin dan manusia. syaitan sebenar sudah diikat maka yang tinggal ialah syaitan manusia yang terdiri daripada orang di sekeliling kita sendiri sama ada sedar atau tidak sedar. oleh itu berhati-hatilah. Insyaallah. Aafaakallah...

Wednesday, August 10, 2011

Edisi Khas :: Adegan Tarik Menarik

haa siapa peminat bola?? ni
tarik-tarik nak rebut bola haha


Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka...

01.Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

02.Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

03.Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di akhirat nanti.

04.Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.

Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. isteri menarik suaminya, adik perempuan menarik abangnya, anak perempuan menarik ayahnya...mahukah kita menarik orang2 yang kita sayang? kadang-kadang kita yang buat salah tetapi lelaki menerima akibatnya, sama2 masuk neraka...berusahalah, semoga kita diberikan hidayahNya dan kekal dalam hidayahNya sampai bila-bila..amin

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Wallahu'alam.

edited from iluvislam.

Monday, August 8, 2011

Deep Inside Me

I do not want to be a person that only good in Physics,
But ignorant of His religion.

I do not want to be a person that only good in Biology,
But ignorant of His religion.

I do not want to be a person that only good in Chemistry, Mathematics, History, Laws etc,
But ignorant of His religion.

I do not want to be a person that only chase over thier ambition, vision, and mission, also succes in all matters,
But ignorant of His religion.

I do not want to be a person that only have wealth, have a happy family, have a great job, have Ir/prof/dr title,
But ignorant of His religion.

saya tak mahu jadi jahil dalam agama. buat apa kalau kita rasa bangga dengan ilmu dunia yang ada, buat apa kalau kita berasa lebih bagus daripada orang lain dengan ilmu yang kita ada? tapi kita lupa pada pencipta alam. nauzubillah..

ilmu pengetahuan tak boleh dipisahkan dengan pencipta ilmu pengetahuan. sama juga...

kita tak boleh pisahkan ilmu fizik dengan pencipta ilmu fizik,
kita tak boleh pisahkan ilmu medik dengan pencipta ilmu medik,
kita tak boleh pisahkan ilmu dunia dengan ilmu akhirat. theres a connection between them. we cant deny the truth. I realize something (deeper) when I study the Holly Quran. physics, biology, maths, laws, architecture etc etc......all are inside there. subhanallah! bulan puasa ni jum sama-sama berusaha tadabbur memahami alQuran & bulan seterusnya juga.

lebih baik kalau kita seimbangkan dunia & akhirat. insyaallah :)

" wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang soleh( termasuk dalam golongan soleh), dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum ) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian, dan jadikanlah aku dari orang-orang yang mewarisi syurga Jannatun-Naim"
-surah Alsyu'ara (83-85)-

Saturday, August 6, 2011

Mencampur-aduk kan Bahan & Resepi Pada Bulan Ramadhan

Gambar hiasan


Bismillahirrahmanirrahim....

allah humma lakusumtu....(nak berbuka puasa)

atau, allah humma barik lana fimaa...rozak tana wakinaa'zabannarr...apa tunggu lagi? seranggg!



ehe. agak-agak selera tak ,nak makan bila melihat makanan seperti di atas? ada sesetengah orang nampak menyelerakan. ada sebahagian yang lain agak......err tidak selera. mungkin.

point nya bukan pasal makanan. saya dah kenyang dengan melihat gambar :) tetapi apa yang bakal saya tulis merupakan perumpamaan seperti makanan di atas tu. memang satu resepi yang pelik. tapi apa nak hairan kalau ada manusia yang sanggup memakannya. at least tak adalah membazir kan.

haa mesti selalu lihat kan drama-drama kat depan mata. dimana para pelakonnya terdiri daripada orang yang kita kenal. astaghfirullah. kadang-kadang sedih juga. semoga kita bermuhasabah diri.

Di bulan ramadhan yang mulia ini.
kita berpuasa,
Pada masa yang sama kita membazir.

kita berpuasa,
Pada masa yang sama kita tidak menjaga tutur kata, menjaga hati, mulut terutamanya dan pandangan.

kita berpuasa, kita solat 5 waktu, kita solat sunat, kita bersedekah,
Pada masa yang sama kita, sepasang kekasih bertexting-texting perkara yang sia-sia.

kita berpuasa, kita solat 5 waktu, kita beramal dengan kebaikan,
Pada masa yang sama kita, sepasang kekasih memadu asmara, rindu-rinduan, ber-dating.

kita berpuasa, kita solat 5 waktu, kita beramal, mengaji al-Quran dan sebagainya,
Pada masa yang sama kita tidak melakukannya dengan ikhlas kerana Allah dan mengharapkan redhaNya. berpuasa seperti ianya satu amalan ikut-ikutan,
Pada masa yang sama kita hanyalah mengotorkan hati dengan noda hitam.

kita berpuasa, kita mengaji alQuran, kita beramal kebaikan, solat penuh 5 waktu ditambah pula dengan amalan sunat yang lain,
tapi....pada masa yang sama kita. kita mencampur aduk kan antara yang baik dan tidak baik. bukan dibulan ramadhan sahaja. di bulan bulan yang lain juga begitu. solat, mengaji dan lain lain tapi......

kita lupa untuk meletakkan Allah swt yang paling hadapan sekali, melebihi kepentingan lain dalam tindak tanduk seharian kita. kita solat tapi tak sempurna. kerana solat yang sempurna itu akan menghindarkan kita daripada melakukan perkara yang tidak baik.

terjadilah seperti resepi di atas,
asasnya pizza tersebut cantik elok dan kelihatan sedap di pandang,
tetapi hakikatnya kita menghodohkan resepi di atas dengan sengaja meletakkan burger, kentang, nugget di atasnya. sangat tidak sesuai.
alangkah cantiknya pizza itu jika mengikut resepi pizza yang sebenar? tidak di campur adukkan dengan resepi yang aneh?

samalah dengan kita,
mencampur adukkan 1000 macam-macam, perkara yang baik dan tidak baik. ia nya tidak cocok dengan kehendak Allah.

terfikirkah apa yang akan terjadi pada HATI?
terfikirkah apa nilai amalan kita di sisiNya?
adakah sia-sia?
penat berpuasa tetapi sia-sia,
penat berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa ganjaran.

kadang kala, perbuatan yang mencampur aduk kan perkara haq dan batil menjadi sebati dalam diri sehingga HATI tidak mampu lagi mengenal yang mana dosa dan yang mana pahala. kan? segalanya nampak indah, pada hakikatnya tidak.

kadang kala, mungkar yang kita buat membuatkan terhijabnya hidayah Allah untuk sampai ke dalam HATI kita. sebab itu kita merasakan susah nak berbuat baik, susah nak berubah. kerana ada "hijab". sekali mungkar yang kita buat akan meninggalkan kesan titik hitam di hati. bayangkanlah? sikit-sikit jadi bukit. sama juga. titik hitam yang setitik itu akan mnjadi banyak dan menghasilkan tompokkan hitam yg besar, bahkan menutup pintu hati.

rugi...rugi...rugi....

sila muhasabah diri dan berfikirlah...Allah kurniakan akal untuk berfikir. jangan jadi seperti orang-orang yang rugi. Allah itu Maha Mengetahui hatta terdetik dalam hati, hatta ianya hanya merupakan "thoughts". segala perbuatan dimulai dengan "thoughts", niat etc etc. kan? terpulang pada kita menentukan perbuatan seterusnya.







Thursday, August 4, 2011

SMS Seorang Sahabat



sahabat 1 : .....actually nak tanya kau ni.

sahabat 2 : oh okay. tanya ah. aku jawab.

sahabat 1 : memandangkan kau pandai agama2 ni kan. nak tanye. aku dah semayang. dah ngaji. tapi nape ea aku still panas baran.

sahabat 2 : aku try tolong...(sambil berfikir ayat apa yg paling hikmah, sesuai untuk dia dan mudah difahami )
maybe kau still buat kesalahan. dah buat solat taubat? betul2 bertaubat sahabat 1... x semestinya da solat, mengaji n puasa semua tu dah selesai semua masalah dengan Allah. kau kena muhasabah diri, sabar gile gile...mulut tu kalau boleh zikir. hati jadi lembut..senang kata. kau kena jaga hubungan kau dengan Allah, baru Allah jaga hati kau..

sahabat 1 : haih. susah nya.

sahabat 1 : macam mana kalau aku semayang taubat tapi nanti aku terbuat lagi.

sahabat 2 : itu maknanya Allah tak ampun lagi dosa..u know what, never give up on God. keep doing the taubat keep on praying..maybe Allah just want to testing your iman.

kau cakap susah kan? yeah itu harga "iman" yang kau kena bayar....nak buat baik memang susah. tapi bila nak buat dosa memang sangat2 senang...thats syaitan.

sahabat 1 : haih. insyaAllah aku try.

....(.........).....


sahabat 1 : one day aku akan jadi suami or maybe bapa. kalau tak ubah cara hidup dari sekarang. bila lagi.

sahabat 2 : betul tu. baguslah kalau dah fikir macam tu.

.....mesej terhenti disitu.....


walaupun mesej terhenti disitu. tapi aku terus berfikir berkenaan masalah sahabat ku. aku ingin sekali membantunya. walaupun sedikit. apa yang aku mampu insyaAllah aku akan tolong. aku suka ambil iktibar dari masalah yang berlaku di sekeliling aku. di sini aku ingin menambah kata-kata ku buat sahabat. sms tidak cukup kerana banyak faktor yg menghalang. apa dayaku seorang perempuan? kalau engkau seorang perempuan, bisa saja aku mengajak keluar supaya dapat bertemu untuk berbincang. atau cara lain. aku tidak mahu apa-apa fitnah terjadi padamu. banyak hati perlu dijaga. ku kira pertimbangannya, lebih banyak mudarat dari manfaat jika itu semua terjadi. menerusi blog mungkin engkau lebih mudah mengerti. dan semua dapat manfaatnya.

sahabat...sebagai tambahan, untuk tidak mudah baran. belajar untuk ikhlas memaafkan orang lain. dan belajar untuk selalu meminta maaf kepada orang lain. islam tidak mengajar umatnya dengan sikap benci/bermusuhan. Rasulullah SAW sendiri melayan wanita kafir yg selalu berbuat tidak baik padanya dengan sifat sabar. malah memaafkannya dan menziarahi wanita itu ketika dia sedang sakit. ingatlah bahawa sifat amarah itu datangnya dari syaitan yg suka mengadu domba. datangnya sifat amarah itu kadang disebabkan byk faktor seperti cemburu, tidak sabar, bersangka buruk dan terlalu emosi.

banyak lagi cara untuk hilangkan panas baran contohnya berwudhu' dan diam. diam bukan bermakna kita mudah dipijak. tapi diam beristighfar, fikirkan jalan penyelesaian yg paling hikmah dan bijaksana. jgn bertindak melulu.

lagi. doakan lah orang yang membuat mu marah. doa doa doa. doakan kebaikan kedua belah pihak. orang yang mulia akan sentiasa mendoakan untuk orang lain. tidak ada yang boleh membantumu kecuali Dia. Dialah pemilik hatimu. mintalah pada Allah. yakin!

insyaALLAH sahabat 1. carilah atau berbincanglah atau berdampinglah dengan orang yang lebih arif ilmunya.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

" barang siapa bertaubat sedang dia tidak mempelajari ilmu. maka dia bukanlah orang yang benar-benar bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak bertambah tekun ibadahnya, maka dia bukanlah orang yang benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak berusaha membuat seterunya rela (kepadanya), maka dia bukanlah orang yang benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak merubah pakaian & perhiasannya, maka dia bukanlah orang yang benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menggantikan sahabatnya, maka dia bukanlah orang yg benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat seang dia tidak melipatkan tilam dan tikaarnya, maka dia bukanlah orang yang benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menyedekahkan kelebihan yg ada padanya, maka dia bukanlah orang yg benar2 bertaubat. maka apabila kelakuan2 ini nyah dari seorang hamba, barulah dia menjadi seorang yg benar2 bertaubat"


Allah itu Maha Pengampun lagi mengasihani hambanya, selagi mana engkau tidak mati dalam keadaan mensyirikkanNya.


Wednesday, August 3, 2011

Dont Be Sad.

disaat hati berduka, disaat hati gundah gulana, disaat iman sedang diuji digoncang dengan begitu hebat

hati berakal berbicara dengan roh, mengingatkan bait indah yang sudah pasti menenangkan jiwa bahkan menggetarkan menyelusup qolbu

ujian pasti diberikan tuhan kerana Dia sayang padaku. Dia sayang padaku. Ujian diberi setimpal dengan kemampuan iman hambanya. Yakinlah! Dia lebih mengetahui apa yang tidak terzahir. Allah sedang "berbicara" dengan iman ku melalui ujian yang terhidang.

Dont be sad. Yakinlah! Dengan bait-bait agung yang selalu meniti orang yang sabar redha & ikhlas
ujian yang diterima oleh para Rasul utusanNya lebih perit jika dibandingkan denganku yang hanya sebesar zarah cuma

Dont be sad. La Tahzan, innallaha ma'ana. Allah sentiasa bersama kita
Innama'al usri yusra. Allah sudah pasti janjikan sesuatu yang lebih baik!

Dont be sad :))