..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Saturday, August 6, 2011

Mencampur-aduk kan Bahan & Resepi Pada Bulan Ramadhan

Gambar hiasan


Bismillahirrahmanirrahim....

allah humma lakusumtu....(nak berbuka puasa)

atau, allah humma barik lana fimaa...rozak tana wakinaa'zabannarr...apa tunggu lagi? seranggg!



ehe. agak-agak selera tak ,nak makan bila melihat makanan seperti di atas? ada sesetengah orang nampak menyelerakan. ada sebahagian yang lain agak......err tidak selera. mungkin.

point nya bukan pasal makanan. saya dah kenyang dengan melihat gambar :) tetapi apa yang bakal saya tulis merupakan perumpamaan seperti makanan di atas tu. memang satu resepi yang pelik. tapi apa nak hairan kalau ada manusia yang sanggup memakannya. at least tak adalah membazir kan.

haa mesti selalu lihat kan drama-drama kat depan mata. dimana para pelakonnya terdiri daripada orang yang kita kenal. astaghfirullah. kadang-kadang sedih juga. semoga kita bermuhasabah diri.

Di bulan ramadhan yang mulia ini.
kita berpuasa,
Pada masa yang sama kita membazir.

kita berpuasa,
Pada masa yang sama kita tidak menjaga tutur kata, menjaga hati, mulut terutamanya dan pandangan.

kita berpuasa, kita solat 5 waktu, kita solat sunat, kita bersedekah,
Pada masa yang sama kita, sepasang kekasih bertexting-texting perkara yang sia-sia.

kita berpuasa, kita solat 5 waktu, kita beramal dengan kebaikan,
Pada masa yang sama kita, sepasang kekasih memadu asmara, rindu-rinduan, ber-dating.

kita berpuasa, kita solat 5 waktu, kita beramal, mengaji al-Quran dan sebagainya,
Pada masa yang sama kita tidak melakukannya dengan ikhlas kerana Allah dan mengharapkan redhaNya. berpuasa seperti ianya satu amalan ikut-ikutan,
Pada masa yang sama kita hanyalah mengotorkan hati dengan noda hitam.

kita berpuasa, kita mengaji alQuran, kita beramal kebaikan, solat penuh 5 waktu ditambah pula dengan amalan sunat yang lain,
tapi....pada masa yang sama kita. kita mencampur aduk kan antara yang baik dan tidak baik. bukan dibulan ramadhan sahaja. di bulan bulan yang lain juga begitu. solat, mengaji dan lain lain tapi......

kita lupa untuk meletakkan Allah swt yang paling hadapan sekali, melebihi kepentingan lain dalam tindak tanduk seharian kita. kita solat tapi tak sempurna. kerana solat yang sempurna itu akan menghindarkan kita daripada melakukan perkara yang tidak baik.

terjadilah seperti resepi di atas,
asasnya pizza tersebut cantik elok dan kelihatan sedap di pandang,
tetapi hakikatnya kita menghodohkan resepi di atas dengan sengaja meletakkan burger, kentang, nugget di atasnya. sangat tidak sesuai.
alangkah cantiknya pizza itu jika mengikut resepi pizza yang sebenar? tidak di campur adukkan dengan resepi yang aneh?

samalah dengan kita,
mencampur adukkan 1000 macam-macam, perkara yang baik dan tidak baik. ia nya tidak cocok dengan kehendak Allah.

terfikirkah apa yang akan terjadi pada HATI?
terfikirkah apa nilai amalan kita di sisiNya?
adakah sia-sia?
penat berpuasa tetapi sia-sia,
penat berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa ganjaran.

kadang kala, perbuatan yang mencampur aduk kan perkara haq dan batil menjadi sebati dalam diri sehingga HATI tidak mampu lagi mengenal yang mana dosa dan yang mana pahala. kan? segalanya nampak indah, pada hakikatnya tidak.

kadang kala, mungkar yang kita buat membuatkan terhijabnya hidayah Allah untuk sampai ke dalam HATI kita. sebab itu kita merasakan susah nak berbuat baik, susah nak berubah. kerana ada "hijab". sekali mungkar yang kita buat akan meninggalkan kesan titik hitam di hati. bayangkanlah? sikit-sikit jadi bukit. sama juga. titik hitam yang setitik itu akan mnjadi banyak dan menghasilkan tompokkan hitam yg besar, bahkan menutup pintu hati.

rugi...rugi...rugi....

sila muhasabah diri dan berfikirlah...Allah kurniakan akal untuk berfikir. jangan jadi seperti orang-orang yang rugi. Allah itu Maha Mengetahui hatta terdetik dalam hati, hatta ianya hanya merupakan "thoughts". segala perbuatan dimulai dengan "thoughts", niat etc etc. kan? terpulang pada kita menentukan perbuatan seterusnya.







No comments: