..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Saturday, September 15, 2012

Doktor Tiada Life?

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua :)

Hari ini saya nak bercerita mengenai profession as a doctor eventhough i'm not a doctor but i do have experience as a doctor's DOUGHTER! opps. sebenarnya saya nak share dengan anda semua mengenai ini dan membetulkan persepsi masyarakat.

"oh mannnn sumpah DOKTOR tak de life"

" abang aku yang belajar di Ireland jurusan medic asyik merungut-rungut je tak de life. Dia kata nanti lepas habis belajar dia tak mau kerja kat hospital. tak tahan. nak jadi pensyarah."

Betulkah doktor tiada 'life'?
sudah bertahun-tahun telinga ini mendengar ungkapan-ungkapan sebegitu. kadang-kala sedih hati ini yang  begitu mencintai "apa-apa yang berkaitan dengan biology (doktor)". iya, mungkin apa yang dikatakan benar. tetapi menurut saya kes sebegitu (doctors does'nt have a life) merupakan kes terpencil. siapa yang tidak sedih apabila ada dalam kalangan kita yang lancar saja menisbahkan 1 kes doktor tak ada life = semua doktor kat dunia ini tidak ada life. siapa tidak tersentuh jika ada yang mengata-ngata "dktr takde life" dihadapan kalian sedangkan ayah sendiri merupakan seorang doktor? adakah hidup saya juga tiada erti tiada life?

Kalian mahu tahu sesuatu?
saya merupakan pencinta "jurusan medic". Tetapi Allah lebih tahu urusan kita di masa hadapan (ghaib). dua tahun yang lepas haluan saya telah ditentukan mengikut haluan "budak enginee". hati juga sudah redha dan boleh adapt. namun kecintaan saya dan minat itu tidak pernah terkubur. alhamdulillah :)

Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada. tidak bermewah-mewah dengan kesenangan walaupun kemewahan itu petik jari je dan lebih selesa bersederhana malahan low profile! kesederhanaan lebih mendidik jiwa.

Pernah suatu hari, saya menyatakan kepada seorang sahabat :

"dulu mya nak jadi doktor....."

"eish nasib baik kau tak jadi dktr kalau tak memang kau takde life"

"erkk.... : )....(tersenyum bahagia saja. kerana mereka tidak mengetahui dan tidak melalui apa yang saya hadapi)"

People. could you please stop saying negative words? u did'nt know of  what i've been through. so please stop it. doktor itu ada life bergantung kepada cara dia menguruskan hidupnya sendiri. abah saya okay je. ada life. bahkan saya sangat meminati novelis islamik FATIMAH SYARHA dan husband DR. FARHAN HADI. kerana apa? salah satu sebabnya ialah kerana dia sama seperti umi abah saya. dia memahami. dia merupakan ustazah, manakala suaminya merupakan seorang doktor. umi saya juga seorang ustazah, abah saya seorang doktor. satu combination yang sangat jarang dipilih tetapi itulah yang terbaik. tidak dinafikan tugas doktor sgt busy tapi Allah bagi 24 jam kepada hambanya untuk diuruskan sebaik mungkin. bagi saya ungkapan 'doktor tiada life" hanya sesuai jika doktor itu tidak ada ALLAH dalam kehidupan sehariannya. doktor yang mengabaikan syariat Islam dan tanggungjawab kepada tuhannya dan masyarakat.













p/s : kehidupan sebagai anak doktor sangat seronok dan bahagia jika kau punya TUHAN. punya ALLAH dan tahu bagaimana hendak bersyukur  :)
       hidupmu sebagai seorang doktor juga akan lebih  "hidup" jika kau lebih bertanggungjawab pada agamamu :) bukan hanya mengejar pangkat dan harta dunia.





ya Rabb, kau peliharalah adikku, jagalah dia, sayangi dia, belai hatinya dengan hidayahMU dan rahmati dia......sungguh aku tidak mampu menjaganya saat kejauhan (Mansoura medicmesir-Manchester program) kerna Kau lah sebaik-baik pemelihara. jadikan adiikku  "doctor for ummah"  :)