..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Thursday, March 22, 2012

Bicara Prinsip.

Assalamualaikum,
sahabat dan sahabiah yang saya kasihi sekalian :)


Ingin sekali saya membicarakan sesuatu. Tapi............saya tidak tahu bagaimana harus saya tintakan. Biarlah hanya kata-kata yang menjadi watak utama.


sahabat dan sahabiah yang saya sayangi kerana Allah,
Saya yakin sekali bahawa setiap individu mempunyai prinsip bagaimana aturan hidupnya diaturkan. masing-masing punya pendapat, masing-masing punya fatwa hati (boleh diguna pakai selagi ianya masih berpaksikan kewarasan iman). Oleh itu, bagi setiap pendapat dan perbezaan diantaranya saya hormati. Saya yakin anda juga mempunyai keluhuran peribadi yang baik.



sahabat dan sahabiah yang dimuliakan Allah,
Kita diciptakan untuk saling memahami. Oleh itu, fahamilah dengan hati yang lapang. Berlapang dada.

...kedua-duanya saling menghormati, memahami, membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana berasa diri lebih baik, tidak berpecah dan saling  bersatu. Utamakan akhlak, bersangka baik dan berlapang dada.......


Saya ingin mengajak anda berfikir sejenak. Sekalipun diri saya sendiri. Mari keluar dari akal sempit, kerana takut-takut hati dan iman juga sempit.



"perlu ke nak jaga pandangan, bla, bla.....? tak syadid sangat ke?

jawapan saya, perlu. Islam itu cukup indah jika diamalkan. Segala sesuatu Allah dah bagi solution yang paling sesuai untuk kita. Ianya mudah dilakukan dengan hati yang hidup. Pendapat saya, pandangan mata sangat-sangatlah penting untuk dijaga. Terutamanya ketika bermuamalat dengan seseorang yang berlainan jantina. Apatah lagi di usia muda sebegini dimana dugaan datang menyerang bertubi-tubi.

Dia bukan ustazah,
hanya kerna dia menundukkan pandangan ketika berjalan,

Dia bukan ustazah,
hanya kerna dia bertudung litup dan labuh sempurna,

Dia bukan ustazah,
hanya kerna kata-katanya yang hikmah,

Dia bukan ustazah,
hanya kerna  menjaga pergaulannya, terutama terhadap teman bukan sejantina,

Dia bukan ustazah,
hanya kerna dia mempunyai akhlak yang indah,

Dia hanya manusia yang takut pada hisab Allah,
Dia hanya muslim yang tidak ingin menjadi fitnah terhadap agamanya, 
Dia hanya hamba yang inginkan redhaNya,
nilaian pada pandangan Rabbku, lebih penting daripada nilaian di mata kamu.
-nukilan buat sahabat-
^_^





kesimpulannya, tidaklah kita menghalalkan pergaulan yang bebas hatta atas dasar nama "berpersatuan", hatta atas nama "organisasi" kerohanian sekalipun. Islam menawarkan kaedah yang sesuai dengan fitrah manusia. Sesuai dengan syariat :)

semoga kita dilimpahi rahmatNya dan diberikan kefahaman dalam beragama.Rasulullah SAW bersabda sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, Allah akan memberikan kefahaman dalam Ad-deen.

Friday, March 16, 2012

Gadis Semasa

Jadilah diri anda sendiri dengan jelas pertimbangan baik & buruk atas sesuatu selagi mana tidak melanggar syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT.







Alhamdulillah, dalam kesempatan masa hari ini "humaira" nak berkongsi sedikit ilmu (yang sempat dicatit) dan mungkin juga pendapat berkenaan dengan gadis semasa ( tajuk majlis ilmu ALL ABOUT EVE hari ini). Rasa tertarik dengan topik ini lagi-lagi memang sesuai benar dengan jiwa para wanita. Siapa ye gadis semasa? ha gadis semasa ini kita-kita lah. Gadis yang hidup dalam peredaran zaman yang semakin moden dan mencabar.


menurut pandangan Barat,

 "kewujudan wanita menjadi punca utama krisis dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang pokok beracun. Diluar nampak cantik, tetapi sebaik sahaja seekor burung memakannya, ia mati pada masa itu juga"

Nauzubillah. Ini pendapat mereka. Namun Islam datang menyelamatkan para wanita seiring dengan mengangkat martabat wanita dalam segenap segi. Menyeluruh. Kita lihat saja pada dunia hari ini wanita sering digunakan hanya sebagai objek pelaris produk dan bahan pemuas nafsu. Hatta dalam iklan yang tiada kena mengena dengan wanita sekalipun mesti akan diselitkan wanita berpakaian seksi disisi produk tersebut. Martabat wanita tersebut sama sahaja dengan produk itu. Disini jelas bahawa wanita merupakan alat propaganda untuk melalaikan umat Islam. Adakah kita mahu mengikut telunjuk bulat-bulat dari Barat yang memisahkan agama daripada kehidupan seharian?


Lantas, apa peranan kita sebagai seorang muslim? Fikir-fikirkanlah.......
Oleh itu para wanita yang saya kasihi, belailah diri anda dengan sifat takwa,  malu, dan menjaga apa yang perlu dijaga dalam batasan syariat yang cukup indah, cukup sempurna Dia tentukan. Sayangilah diri anda sebagai seorang muslimah yang bakal melahirkan generasi berkualiti.


Dengan dunia yang semakin mencabar sekarang ini, ramai wanita atau gadis-gadis semasa dibelenggu masalah-masalah kewanitaan (kecantikan/kebendaan) sebagai contoh  yang sangat ketara iaitu tudung "alamak, nak pakai baju/tudung apa hari ni?" "fesyen apa yang up-to-date?" "heh, tak make up tak cantiklah..." "bosanlah asyik belit-belit tang tu aje" jawapannya.......


wahai muslimahku,
Pakailah apa sahaja, tudung sesegera mee maggi? shawl lilit-lilit?
Tudung periuk pun boleh,
Ikhlas kan dirimu,
Asalkan tidak melampaui batas syariat nan indah,
Lagi indah jika pakaian taqwa dipraktikkan.


Walaupun dalam keadaan yang "dilemma" seperti ini harus diingat ya muslimahku, jadilah gadis yang lembut dan gagah seperti kata kak umi petang tadi. Jangan jadi lembik.


Hah. Wanita lembut dan gagah tu macam mana? lembik?
:)

LEMBUT :: gadis yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari. Ianya bermula dengan HATI kalian.

GAGAH :: kegagahan seorang gadis itu adalah disaat dia mampu melawan musuh-musuh dalam diri sendiri iaitu nafsu, dengan keyakinan berpegang teguh kepada Allah SWT. Gagah lah kita melawan godaan syaitan!

 LEMBIK :: penakut, lemah, kebergantungan kepada orang lain dan tak mampu hidup berdikari. Lagi satu yang pasti, gadis lembik ialah gadis yang MENGADA-NGADA (maaf ye ^_^v )




" sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya....." (at-tin:4)

wallahua'alam...







p\s :: HEWI_PMIUTM ---------> Dia mencintai Allah, Allah mencintai dia :)

Monday, March 12, 2012

The Beginning Is Always The Hardest.

BUT NO MATTER HOW HARDEST IT IS, DO IT!



kadangkala, Allah menegur kamu melalui insan pengkritik yang pedas.....jiwa kamu akan terasa..PERSOALANNYA, apakah kamu menyambutnya dengan PERUBAHAN, atau sekadar menghentam semua pengkritik yang Allah hantarkan padamu?
jiwa pasti akan terasa. tapi sambutlah dengan PERUBAHAN. penegurmu itu hanya berniat agar kamu selamat....Islam itu selamat dan menyelamatkan. bersyukurlah kerana masih ada insan yang ingin menyelamatkan kamu di dunia supaya diselamatkan di akhirat :)



To those people who have desire to change for the better (muslim yang sebenar-benarnya dengan ikut hukum Allah. bukan hanya "islam" separuh-separuh), start the first step as soon as possible. Because might be, that "desire" won't appear in your heart again for the rest of your life. Do not let it being wasted in your heart. Sedarkah kita? actually Allah dah bagi banyak "detikan" hidayah tu. Tapi kita aje yang buat-buat tak tahu atau sengaja melambat-lambatkan proses sehingga satu tahap tu hati sudah pun menjadi keras macam batu. Bermacam-macam alasan yang dibuat untuk menafikan "detikan" itu. Kan?






"belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (alQuran) yang diturunkan kepada mereka?...."
"...dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui tempoh masa yang panjang, maka hati mereka menjadi keras. kebanyakkan mereka adalah orang yang FASIQ"-alHadid : 16-
*fasiq = orang yg melakukan dosa




Allah dah jelaskan terang-terang dalam "surat-surat cintaNya". Jangan jadi seperti orang sebelum ini yang sudah dapat kitab dan pengajaran (alQuran), tapi mengambil masa yang agak lama untuk menerima sehingga hati jadi keras. 




Ayuhlah sahabatku, sampai bila mahu hidup seperti zaman jahiliyyah? kamu sebenarnya tahu semua itu, tahu hukum dan tahu sebagainya (dosa pahala). Namun kenapa manusia masih ego?  tidak bersyukurkah kita diberikan nikmat IMAN & ISLAM? sedangkan diluar sana begitu ramai yang masih terawang-awang. Gunakanlah nikmat iman & islam itu sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah itu sangat-sangat pengampun dan sangat-sangat penyayang. Percayalah :) Rasalah dengan hatimu. Kalau tengok cerita Korea boleh sampai menangis tak cukup tisu atau pun senyum sengih-sengih "eeeee sweetnye. sweetnyeeeee!" kenapa tidak boleh begitu apabila menghayati makna ayat-ayatNya?




tidak perlu sehebat ustaz Don dan ustazah Fatimah Syarha untuk berubah,
tidak perlu sehebat Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi untuk dekat padaNya,
tidak perlu kaya seperti Maisun Binti Bahdal untuk meraih cintaNya...... 



Thursday, March 8, 2012

Maafkan Mya.......

orang selalu berkata-kata " tak kenal, maka tak cinta" kan? tapi bagi orang lain.....


Tak kenal....maka sehingga itulah kamu akan berprasangka.
Tak kenal.....dan belum kenal.... juga tak mahu kenal & memahami......maka sehingga itulah kamu men"judge".
Tak kenal.....maka sehingga itulah kamu akan mula mendiamkan diri, tak mahu bercakap dan terus menerus menyimpan dalam hati.
Tak kenal........maka persepsi kamu pada seseorang itu berbeda dengan orang lain.
kenapa?
tepuk dada, tanya hati yang paling dalam sekali.




ketahuilah........apa-apa keputusan yang saya ambil. pasti berdasarkan fatwa hati, ilmu didada dan tidak lupa juga memohon petunjukNya :)


saya menolak, saya berhenti, tak bererti saya membenci.
sebaliknya, saya inginkan yang terbaik untuk ad-deen juga akhiratku. ini bukan semberono.
saya yakin denganNya.

HE ALWAYS REPLY ME BACK. SOONER.
yes. sometimes we have a talent but yet, not in the right time. and I do believe that we always have the right way to do it well.

cara yang lebih Dia redhai.



Teman seperjuanganku, menongkah arus dunia yang semakin mencabar.
terima kasih :)