..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Friday, March 16, 2012

Gadis Semasa

Jadilah diri anda sendiri dengan jelas pertimbangan baik & buruk atas sesuatu selagi mana tidak melanggar syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT.







Alhamdulillah, dalam kesempatan masa hari ini "humaira" nak berkongsi sedikit ilmu (yang sempat dicatit) dan mungkin juga pendapat berkenaan dengan gadis semasa ( tajuk majlis ilmu ALL ABOUT EVE hari ini). Rasa tertarik dengan topik ini lagi-lagi memang sesuai benar dengan jiwa para wanita. Siapa ye gadis semasa? ha gadis semasa ini kita-kita lah. Gadis yang hidup dalam peredaran zaman yang semakin moden dan mencabar.


menurut pandangan Barat,

 "kewujudan wanita menjadi punca utama krisis dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang pokok beracun. Diluar nampak cantik, tetapi sebaik sahaja seekor burung memakannya, ia mati pada masa itu juga"

Nauzubillah. Ini pendapat mereka. Namun Islam datang menyelamatkan para wanita seiring dengan mengangkat martabat wanita dalam segenap segi. Menyeluruh. Kita lihat saja pada dunia hari ini wanita sering digunakan hanya sebagai objek pelaris produk dan bahan pemuas nafsu. Hatta dalam iklan yang tiada kena mengena dengan wanita sekalipun mesti akan diselitkan wanita berpakaian seksi disisi produk tersebut. Martabat wanita tersebut sama sahaja dengan produk itu. Disini jelas bahawa wanita merupakan alat propaganda untuk melalaikan umat Islam. Adakah kita mahu mengikut telunjuk bulat-bulat dari Barat yang memisahkan agama daripada kehidupan seharian?


Lantas, apa peranan kita sebagai seorang muslim? Fikir-fikirkanlah.......
Oleh itu para wanita yang saya kasihi, belailah diri anda dengan sifat takwa,  malu, dan menjaga apa yang perlu dijaga dalam batasan syariat yang cukup indah, cukup sempurna Dia tentukan. Sayangilah diri anda sebagai seorang muslimah yang bakal melahirkan generasi berkualiti.


Dengan dunia yang semakin mencabar sekarang ini, ramai wanita atau gadis-gadis semasa dibelenggu masalah-masalah kewanitaan (kecantikan/kebendaan) sebagai contoh  yang sangat ketara iaitu tudung "alamak, nak pakai baju/tudung apa hari ni?" "fesyen apa yang up-to-date?" "heh, tak make up tak cantiklah..." "bosanlah asyik belit-belit tang tu aje" jawapannya.......


wahai muslimahku,
Pakailah apa sahaja, tudung sesegera mee maggi? shawl lilit-lilit?
Tudung periuk pun boleh,
Ikhlas kan dirimu,
Asalkan tidak melampaui batas syariat nan indah,
Lagi indah jika pakaian taqwa dipraktikkan.


Walaupun dalam keadaan yang "dilemma" seperti ini harus diingat ya muslimahku, jadilah gadis yang lembut dan gagah seperti kata kak umi petang tadi. Jangan jadi lembik.


Hah. Wanita lembut dan gagah tu macam mana? lembik?
:)

LEMBUT :: gadis yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari. Ianya bermula dengan HATI kalian.

GAGAH :: kegagahan seorang gadis itu adalah disaat dia mampu melawan musuh-musuh dalam diri sendiri iaitu nafsu, dengan keyakinan berpegang teguh kepada Allah SWT. Gagah lah kita melawan godaan syaitan!

 LEMBIK :: penakut, lemah, kebergantungan kepada orang lain dan tak mampu hidup berdikari. Lagi satu yang pasti, gadis lembik ialah gadis yang MENGADA-NGADA (maaf ye ^_^v )




" sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya....." (at-tin:4)

wallahua'alam...







p\s :: HEWI_PMIUTM ---------> Dia mencintai Allah, Allah mencintai dia :)

No comments: