..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Tuesday, November 22, 2011

Al-Mumtahanah

kamu...
jangan memandang
juga tidak dipandang

kamu...
jangan hadirkan fitnah di hatiku
juga penghancur iman

kamu...
sentiasa berhati-hati
kerana memelihara putihnya hati



maafkan aku...
membina jarak marhallah denganmu,
mengelak,
jika tiada kepentingan urusan,
satu cara menjaga kesucian,
kehormatan malah imanmu!

tanda aku menghormati, kemuliaanmu,
takut menjadi asbab kelalaian.

ketahuilah...
diri ini penuh rasa malu, malu padaNya,
memelihara ihsan,
itulah perisai paling kuat,
laksana al-hadid (besi),
sekali tidak akan ku gugurkan,
jika aku gugurkan,
tanggalkan,
hancur dunia.

fahamilah...
pergaulan yang dihiasi dengan bintang-bintang syariat dan tauhid padaNya,
pasti indah!
hanya satu ikatan suci membenarkan,
tiada istilah pergaulan bebas denganmu (ajnabi),
kerana "pergaulan bebas" itu ku simpan untuk yang haq,
impian bidadari syurga,
meski aku tidak tahu siapa dia (jodohku),
dia? di sana? mana? kamu?
aku tidak tahu,
tapi aku yakin namanya pasti tertulis di luh-mahfuz untukku,
hatiku milik ALLAH jua,
mutlak,
Islam itu indah malah mengindahkan,
bukan menjelekkan,
bukan jua membebankan.

fahamilah...
kamu ajnabi,
aku penghancur dunia?
atau,
pendidik ummah?

iyaa..seorang musafir dunia yang mengejar mardhotillah,
pendidik ummah.

biar aku berkorban,
jangan kamu terkorban dengan api neraka keranaku,
atau
sama-sama berkorban,
apa salahnya?
korbankan nafsu,
jaga hati putih,
jaga jelingan.

terima kasih...
alhamdulillah,
kerana fahami aku,
hormati pendirianku dalam batas pergaulan,
aku jua memahami kamu.
aku mahasiswi,
kamu mahasiswa,
kita berbeza.


"barang siapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya terjaga"-Umar alKhattab-

sekadar coret berisi bunting,
buat siswi dan siswa.




Monday, November 21, 2011

How To Straighten The Line?

...
assalamualaikum wbt....

its been a long time I have'nt write anything here because of my FULL SCHEDULE. okay that was not the problem anyway. let us proceed the writing!

what comes to my mind lately is ------>how to straighten the SAF? how im going to make my friends understand about it? yes we might know how to form the saf, but do not know how actually the right way to do it. this is very important thing that will lead us to perform a perfect sollah (pray).

para IMAM dan juga MAKMUM sila ambil perhatian. juga peringatan buat diri ini yang serba kekurangan... mainkan peranan anda dan kita. kadang2 sedih juga melihat terputusnya saf. bagaimana nak merasa indahnya solat berjemaah jika terputus saf? di mana kemanisan berjemaah? di mana kekuatannya? sedangkan bahu tidak saling bersentuhan menguatkan bagai benteng....benteng tak kuat senang dirobohkan anasir-anasir luar....inilah kebiasaan yang dilihat di masjid-masjid juga surau-surau kita. saf tidak rapat diantara bahu dan kaki juga dijarakkan semata-mata untuk keselesaan diri....sedikit juga yg mahu menegur. mungkin kita manusia sering terlupa...tetapi "terlupa" itu harus diletakkan ke tempat yang sepatutnya...muhasabah sama-sama. "bagaimana saf ku? luruskah?"

"....ishh..takut nanti kaki tersepit masa nak tahiyat terutamanya tahiyat akhir..."

" aku suka ada ruang...selesa sikit, tak panas dan tak tersepit.."

tersepit ke tak tersepit itu bukan masalah besar duhai khalifah bumi Allah...insyaAllah tiada masalah jika diamalkan dengan cara betul (bahu, kaki, siku bersentuhan) malah kemanisan berjemaah diraih bersama keredhaan Allah...ayuh menuju kejayaan! ^_^


the right way(s) :

1) make sure your shoulder touches with your next person shoulder. there should'nt have ANY SMALL spaces between them. make it compact.

2) make sure your heels (tumit) in the same line. *sebelum solat rajinkanlah CHECK tumit sendiri dan orang sebelah kita supaya kedudukannya lurus. lurus bermaksud sekata, tidak ada yg ter-ke-belakang, juga tidak ada yang ter-ke-hadapan. biasanya di masjid & surau dah ada line. betulkan! paling afdhal jika imam sendiri sebelum mula solat pandang ke belakang check saf.

Rasulullah bersabda SAW:
"tegakkanlah (ratakan & luruskan ) saf-saf kamu sekalian. demi Allah, (kamu diperintahkan agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu! "
-Bukhari dan Muslim-

"dan barang siapa memutuskan saf (tidak merapatkan atau tidak memenuhkan saf), maka Allah akan memutuskan hubungan denganNya"
-riwayat Ahmad dalam musnad Imam Abu Daud-


sukacita saya hendak menceritakan bagaimana tegasnya Rasulullah SAW dan para sahabat dalam merapatkan/meluruskan saf.

Rasulullah SAW sebelum memulakan solat akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik menceritakan, ketika telah iqamat untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya berkata "luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku"..riwayat Bukhari..

haa bukan itu sahaja. ada lagi riwayat yang menyatakan baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada lurus atau tidak. malah baginda masuk ke celah-celah barisan itu!

pada zaman khalifah pula, Umar al-Khattab mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. beliau tidak akan mula bertakbir sebelum orang yang membantunya itu memberitahunya bahawa saf benar-benar sudah lurus.

begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Thalib, mereka berdua sepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. saidina Ali selalu mengatakan "..maju wahai si fulani, mundur sedikit wahai si fulani.."

itu ketika zaman para sahabat. bagi situasi zaman sekarang ini di mana jumlah makmum kadang terlalu banyak (alhamdulillah). tak kan kita nak suruh imam check satu persatu? di sinilah peranan makmum. berilah kerjasama dan peringatan pada orang di sebelah kita untuk memudahkan urusan.

dari Anas ra, dari nabi Muhammad saw sabdanya : "betulkanlah saf-saf (barisan) semasa solat berjemaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu dari amalan menyerjakan sembahyang dengan sempurna"-Bukhari-

"tidak ada satu langkah yang sangat dicintai Allah daripada langkah seorang hamba untuk menyambung saf solat "-Abu Daud-

"sesungguhnya Allah taala dan para malaikat berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf solatnya, dan barang siapa yang menutup celah dalam solat berjamaah, maka Allah akan mengangkat orang itu satu darjat "-Abu Daud-


iyaa memang benar kekuatan ummah itu sendiri terbina asasnya dengan bersolat jemaah tetapi.... sudah berfikirkah, sempurnakah solat jemaah kita? wallahua'lam...Allah Maha Mengetahui sama ada sempurna atau tidak. kita hanya berusaha termampu semaksima yang mungkin...apa lagi nak di tunggu? ayuhhh! bangkit! ^_^

solat berjemaah + saf rapat dan lurus = KITA KUAT
solat jemaah - saf rapat dan lurus = KITA GOYANG (lemah)

dalam mengatur strategi berperang ketika zaman Rasulullah saw pun mengutamakan barisan (saf-saf) yang benar-benar rapat dan lurus agar benteng pertahanan kuat. begitu berdisiplin...ambillah pengajaran dari kisah-kisah nabi dan para sahabat. semoga bermanfaat..

Sunday, November 13, 2011

No Title, Short



kadang kala..bahkan ia memang hakikat!
menjaga hati lagi susah daripada menjaga apa-apa selain daripada HATI.
the best way is "prevention" not to "cure"
prevention could be done through dhikr, remembrance of God (Allah)....
self-reflection, know yourself! insyaallah the light is still there...




Thursday, November 10, 2011

As Long As

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful...

"DERITA BERMULA DENGAN AKAL DAN NAFSU"


As long as you are bound to love the world,
So long you would not know WHAT IS THE REAL LOVE. Ar-Rahman...remember me, I will remember you (alBaqarah152).

Selagi kamu perhambakan diri pada dunia, iaitu meletakkan DUNIA ke dalam hati,
kamu sebenarnya mati. kaku.

cinta dunia :

  • cinta lelaki/perempuan yang bukan halal buatmu.
  • cinta kekayaan, harta masyur, apa nikmat/kesenangan yang melalaikan.
  • cinta maksiat, malah berbangga pula atas maksiat tersebut tanpa rasa malu.


takut mati kerana takut tinggalkan dunia

Selagi kamu terikat dengan cinta dunia,

Selagi itu kamu tidak punya malu...tidak punya IHSAN.

sedarkah kita dijadikan daripada setitis air mani yang hina?? pada waktu itu kita tidak punya apa-apa, lalu Dia menyempurnakannya.

Apa sumbanganmu pada bumi? pada ummah? pada Allah? bukankah setiap hari kita memperbaharui IKRAR SUMPAH SETIA, lailahaillallah...muhammadurrasulullah....

Kelak akan dipersoalkan (amanah)

patutkah manusia menyangka bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan kembali untuk menerima balasan) ? -alQiyamah36-

kemana kamu gunakan nikmat akal? kemana kamu gunakan nikmat iman, islam? kemana kamu gunakan hartamu? kemana kamu gunakan nikmat kesihatan, masa muda gagah? tidak akan melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga ditanya kepadanya 4 perkara...masa mudanya, pada apa dia telah habiskan (tirmizi)

kemana kamu gunakan nikmat kecantikan?duhai ummah yg disayangi, duhai jiwa-jiwa lunak milik Allah...bila ada mata kita tidak nampak. bila ada akal kita tidak mahu fikir. bila ada telinga tidak mahu mendengar...maka Allah telah janji "mereka ini umpama haiwan ternakan, bahkan lagi teruk dari itu.."

Rise O Ummah!

the choice are yours
you can control your thinking
your thinking controls your behaviour
your behaviour controls your results!





p/s :: 2 3 hari lagi...SELAMAT KEMBALI KE UNIVERSITI :) do not forget to completed the assignment (s)! try to be an excellent student at the same time be an excellent muslim! assignment (s)= amanah. elaa leqaa...semoga Allah permudahkan segala urusan kita. insyaallah..

Thursday, November 3, 2011

Mid-Sem Break

bismillah...
maa fi qolbi ghoirullah. tiada yang lain dihati selain Dia...

tidak sabar rasanya mahu pulang ke rumah esok. bertemu umi abah tercinta dan sahabat semua......mad'u ku... saya rindu pada mereka. akan ku isi cuti ini dengan sebaik-baiknya...plan is already done for the mission possible! :)

yaa...kau daie! jgn kau biarkan sahabatmu jauh dariNya. bawalah...raih lah mereka ke jalanNya dgn kasih sayang dan penuh hikmah...kenalkan pada mereka apa itu erti cinta sebenar....dan apa itu 'hawalatul imaan..

orang yang tidur mesti dikejutkan. orang yang lupa mesti diperingatkan.

"apabila kamu merasa letih kerana kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan terus kekal.."

jangan kau futur wahai daie...sebarkan haruman syurgawi..

Ma Fii Qolbi Ghoirullah...

bismillah...
maa fi qolbi ghoirullah...tiada dihati yang lain selain Allah...


pandang kanan..alhamdulillah..
pandang kiri...alhamdulillah..
nun di hujung sana...alhamdulillah!

mad'u.

itulah kuasa taufik hidayahNYA...
kerana DIA...kau mencari cinta hakiki.
kerana DIA...kau menangis menghambakan diri...merayu...
kerana DIA.....ya kerana Dia. kita bertemu :)

kerana DIA...aku imam, kau makmum...oh sungguh manis saat kita berkongsi kasih di surau L04...subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak...itulah indahnya bersahabat kerana Allah...

perjalananku sebagai daie yg penuh cabaran tidak melemahkan aku! malah menguatkan.
ya Allah...jgn kau biarkan aku futur.



:)