..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Tuesday, August 7, 2012

Mercun Oh Mercun

Assalamualaikum wrb.....


Usai solat Maghrib berjemaah bersama keluarga, masing-masing membawa diri untuk bertadarus sebentar sementara menunggu masuk waktu solat Isya'. Nurul seperti biasa membawa dirinya ke bilik. Tenang di situ. Namun belum pun 10 ayat dibaca, hatinya beristighfar berkali-kali. Siapa yang tidak bergegar jantungnya pabila terdengar serangan mercun dari anak-anak jiran tersayang (atau bapak budak) ? Bersangka baik. Mengurut dada saja dan tersenyum bahagia menahan sabar. Lalu Nurul pantas bermuhasabah diri. "ya Allah alhamdulillah Kau kurniakan ilham ini..."

Berfikir sejenak. Jika dia turut berasa terganggu dengan serangan 'bom' tadi, apatah lagi jiran-jirannya yang lain? Ya Allah kasihani kami. Maafkanlah daku. Maafkanlah mereka yang tidak mengetahui.

Bukan kah ini termasuk dalam menggangu ketenteraman jiran? juga menafikan hak-hak jiran?

Siapa jiran? jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. 40 buah rumah dari setiap sisi rumah kita (teringat silibus pend. Islam kalau tak silap). Ini bermakna 40 buah rumah kekanan, 40 buah rumah kekiri, 40 buah rumah kehadapan, 40 buah rumah kebelakang, 40 buah rumah keatas atau kebawah ( jika rumah flat/apartment/kondominium/etc etc). Fuyooooo ramainya. Itulah dia jiran kita. Jiran kesayangan kita.

Rasulullah SAW juga selalu meng'highlight'kan berkenaan jiran kepada umatnya. Oleh sebab itulah kita sebagai seorang Muslim kena menjaga akhlak dan adab. Begitu juga yang bukan beragama Islam. Kita hidup bermasyarakat mesti hormat-menghormati dan saling menjaga.

Apa kaitannya mercun dengan jiran? Apabila jantung Nurul tersentap dek 'bom' tadi, ligat sahaja otaknya teringatkan pesan dan amaran Rasulullah SAW. Subhanallah! baiknya Allah. Nabi diutus untuk sempurnakan akhlak. Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak 3 kali "demi Allah, tidak beriman! demi Allah tidak beriman! demi Allah tidak beriman!" Sahabat bertanya, siapakah yang dimaksudkan oleh baginda? Lalu baginda menjawab; "seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya" [HR Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46] Subhanallah! sampai begitu sekali Nabi memuliakan jiran.

Kadang-kala, banyak perkara yang kita tidak perasan. Banyak tindakan dan akhlak buruk kita yang menyebabkan 'kesusahan' jiran. Antaranya ialah mem'parkir' kereta di hadapan rumah jiran sehingga mengganggu jalan keluar masuk, menanam pokok dan membiarkan pokok tersebut tidak diuruskan dengan cermat (daun-daun/dahan-dahan jatuh dan masuk ke kawasan jiran), membiarkan kucing peliharaan 'berak' sesuka hati di halaman rumah jiran sehingga mengganggu, terlalu bising, mengumpat, memfitnah dan seribu macam lagi. Jika difikirkan dengan akal waras, sudah tentu kita tidak mahu perkara sama terjadi kepada diri kita sendiri bukan?

Patut lah ada satu hari tu, abangnya jawab macam tu. alkisahnya...

Nurul merapati abangnya si Hafiz yang sedang bersantai sambil tersengih lebar :

"Hafiz.....ana ada ternampak mercun kau dalam laci. banyak. ana nak boleh? hehe..."

si abang dengan muka selambanya jawab "tak boleh. kalau nak pi cari tempat jauh. kalau kau nak jugak, kau tanggunglah dosa. ana tak mahu tanggung dosa"

Nurul binggung memikirkan jawapan abangnya. "....kalau kau nak jugak, kau tanggunglah dosa...."
Masa itu otak Nurul 'loading' tak dapat tangkap. Sesaat kemudian barulah dia faham. Nanti  bunyi daripada mercun mengganggu jiran berdekatan. JIRAN. Entah-entah ada jiran yang masih punya 'baby', entah kot kot lah ada warga emas ke apa ke.....tak ke sentap? kasihan.

"eiii tak mahulah tanggung dosa. sia-sia je" balas Nurul sambil berlalu pergi mencari kerja berfaedah untuk dibuat.


Tersenyum Nurul teringatkan 'tarbiyah' dari abangnya berkenaan mercun tempoh hari.

Kita ini hamba yang serba lemah dan perlukan ingatan setiap detik. Fitrah manusia mudah terleka, ayuh bangkit baiki akhlak kita. Lagipun hidup di dunia bukan seorang, kita hidup ramai-ramai kenalah jaga nilai-nilai/akhlak kemasyarakatan. Bukankah hablumminallah dan hablumminannas? hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Ketika membelek-belek diarinya, terlihat Nurul beberapa hadis berkenaan JIRAN yang di salinnya ketika menghadiri taman-taman syurga. Dia ingin tebarkan wangian syurga itu agar turut dirasai insan lain.

Rasulullah SAW bersabda :
" 4 unsur yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, JIRAN YANG BAIK dan kenderaan yang menyenangkan hati" [HR Ibnu Hibban]

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda : "Jibrail sentiasa berpesan kepadaku agar menjaga hak-hak jiran sehingga aku menyangka seseorang jiran bakal mewarisi harta jirannya" [HR al-Bukhari no.5669 dan Muslim no. 6854]

Hebat sungguh Islam dalam penjagaan hak jiran. Islam sangat 'caring' dalam sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Jom! mulai hari ini. Mari kita sayang jiran-jiran kita.Tunjukkan akhlak yang baik, insyaallah Allah makin sayang :)

Buat ibu-ibu dan ayah-ayah tersayang, pantaulah anak-anak anda. Nak meraikan kemeriahan ramadhan/raya itu tidak salah. Cuma berhati-hati dengan 'bahaya' mercun. Kalau Nurul dah berumah tangga nanti dan dikurniakan cahaya mata amanah Allah, Nurul akan pantau dan hanya benarkan anak-anak Nurul bermain bunga api yang tidak bahaya atau pun mercun 'pop-pop' je. Bunyi tak kuat. Macam bertih jagung! Tak pun, Nurul nak didik anak-anak supaya dekat dengan masjid/surau. Daripada sibuk mencari mercun, lebih baik Nurul didik mereka supaya berakhlak atau  'melekat' berjemaah di masjid.

Uihhh. Jauh sungguh fikiran Nurul. Baginya, merancang kena dari awal. Mencegah sebelum merawat. Sediakan payung sebelum hujan! Peribahasa apa lagi? Sudah-sudah. Mari tutup diari, bersiap sedia menunaikan solat Asar.

Tamatlah kisah si Nurul.....semoga menberi manfaat  pada kita :)








Thursday, August 2, 2012

Khemah Bergerak




Assalamualaikum wrb mawar-mawar agama dan syabab-syabab gagah yang saya kasihi kerana Allah swt.

mesti pernah dengar kan ungkapan-ungkapan "khemah" buat susuk tubuh yang suka pakai tudung labuh . As for me, there's nothing wrong with people who are wearing "tents". its comfortable to the max! like i always told my friends, this tudung labuh really covered 360 degree, feel safe and confidence.


Nak share story. Seorang pelajar chinese namanya Xxx Yyy Zzz, rakan sekuliah saya . Dia seorang yang sangat open dan suka bertanya "soalan berani mati" berkenaan dengan Islam kepada saya. Macam-macam dia bertanya. Dengan pelat Cinanya, mahu tergelak pun ada. Tapi saya hormat dan kagum pada dia. Berani bertanya dan bersifat ingin tahu. Dakwah kepada non-muslim juga penting kan? berikan pencerahan kepadanya agar tidak tersalah sangka mengenai Islam. Islam yang cukup indah dari segi teori dan praktikalnya. Soalan berani mati pada hari itu.........

"nurul (me)......kenapa u suka pakai itu tudung panjang (labuh) ma? (sambil buat gaya kibas-kibas pegang hujung tudung labuh) aiyaa u solang je pakai, kenapa yang lain tak sama?"

"oh ini.......(sambil tengok tudung sendiri)..emm (sambil berfikir utk gunakan ayat mudah faham). Saya nak fully covered. 360 degree. Seorang wanita muslim kena cover aurat semua-semua ini. Kan semua perempuan itu indah. Bentuk fizikal tak sama macam lelaki. Tuhan saya dan Tuhan awak (Allah SWT) sayang pada hambaNya. Sebab tu kena cover. Supposed to be, pakai lah macam mana pun tapi tak boleh singkat. kena labuh"

"oooo.....(angguk kepala).."

ya Allah.....semoga cahaya taufiq dan hidayahMu tembus terpancar ke dalam hatinya....dia punya kualiti tersendiri.

Lihat akhlak mereka. Non-muslim juga mampu hormat kepada Muslim yang lain walaupun 1001 berbeza. Muslim dengan Muslim sendiri bagaimana pula? seorang Muslim yang menghina, menggelakkan, tidak hormat, tidak cuba memahami seorang Muslim yang lain disebabkan mereka menutup aurat , bukankah kedengaran aneh? marilah kita, ucapkan alhamdulillah apabila melihat kebaikan saudara kita dan saling mendoakan. Bersatu hati. Ini lebih membahagiakan. kita kan se-daging.

What ever it is, it does'nt matter if you want to wear a kind of shawls, pashmina or else as long as you wrapping covering your aurah (aurat). Islam is simple and flexible.

Jika berjalan ada yang memanggil "khemah bergerak". Saya tidak kesah kerana memang teori mereka betul pun. Tiada yang salah. Proudly to tell the world YES, WE WEAR HEAD TENTS :) anda bila lagi mahu menutup aurat sebenar-benarnya dan mengaplikasi akhlak terpuji?



Muslimahku sayang,
ku meminjam kata-kata Elya Khadeeja (Tautan Hati, Fatimah Syarha),
"..kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan di sini di mana lagi?"

The Incredible Human




Assalamualaikum wrb :)

Alhamdulillah....well. Hurmmm. Dah lama tak menulis. password untuk log in blog pun hampir lupa memang lupa. Terpaksa buat baru.

First of all, is it foolish if i said, my very dream is to have a dream? it is kind of ridiculous to understand at first, but after scrumbling my thoughts i doubt you would question me. So, before you ask me, i ask you first. What is your big dreamsss?

"get rich,  big house, luxury cars, find my Mr/Mrs Right, have kids, getting older and die".----> the most popular answer. Mungkin ini jawapan masa zaman lampau dulu. So apa kata hari ini cuba kita ubah sikit supaya lebih kepada "jawapan masa zaman moden".Oh yeah i've seen it up there. "i want to be the incredible Muslim = get rich with humble and low profile life style (like Abu Bakar ra), soleh or solehah Mr/Mrs Right, having a soleh/solehah kids, living in "dakwah and tarbiyah" circumstance,............bla bla bla and die (mestilah nak khusnul khatimah). Lagi sweet kalau macam ni kan? hidup dalam kemuliaan dan datang jumpa Allah dalam keadaan mulia juga. Qolbun saleem. Kita tidak boleh undurkan masa. Tapi kita ada saat ini untuk diperjuangkan. Kita ada saat ini untuk mengubahnya. Semua pun berhak, tiada siapa terlewat :)


Actually.................


 Biasanya kata-kata saya yang cipta sendiri tapi hari ini saya nak share satu poem yang saya rasakan cukup menarik. This poem were written by lovely 17 years old girl, Sofia Shazlin. Schoolmate adik saya. Dia bercita-cita nak jadi "MANUSIA LUAR BIASA". Subhanallah! di usia semuda ini di mana cabaran jahiliyyah makin menggila, dia sudah punya prinsip hidup. Saya jadi teruja membaca sajaknya. Pandangan saya, inilah mawar-mawar agama yang kita dambakan untuk bangkit menjadi srikandi ummah. Zaman Modenisasi Jahilyyah sekarang ini kita lihat berapa ramaikah mawar yang gugur? berapa ramaikah gadis-gadis yang rapuh prinsip aqidahnya? berapa ramaikah remaja saat ini kian lemas dalam cinta dusta? cinta semberono? lalai dengan budaya hedonism? ayuhlah kita bantu mereka. tolong lihat-lihat adik kita itu. Jangan dibiarkan kerana remaja dahagakan kasih sayang, mereka inginkan kefahaman, didikan dan pencerahan. Bukan hukuman semata.  Jika kita layak untuk bahagia, mereka juga layak.

semoga adik sofia teruskan "dakwah comel" dia ni.

kalau jadi batu
Jangan jadi batu di tepi jalan
Tiada nilainya, tiada harganya
Disepak orang, dipijak orang
Tetapi,
Jadilah batu permata
Yang bersinar dan berkilau
Dihargai orang (Allah pun sayang)


Kalau jadi kayu
Jangan jadi kayu reput
Yang patah, yang buruk
Dibuang orang merata-rata
Tetapi,
Jadilah kayu JATI
Kayu yang mantap
Mahal harganya dan dihargai orang (Allah pun bertambah sayang)


Kalau jadi manusia,
Jangan jadi manusia biasa-biasa
Yang longgar jiwanya, rapuh imannya
Sempit mindanya, gelap masa depannya
Tetapi,
Jadilah manusia luar biasa
Gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya
AlQuran juadahnya, jauh pandangannya
Gemilang masa depannya (Allah berkali ganda sayang)


Perahu sudah di air
Pendayung sudah di tangan
Fikirlah dan renunglah!
Katakan pada dirimu
Bahawa aku tidak memilih untuk menjadi manusia biasa-biasa
Tetapi,
Aku memilih untuk menjadi manusia luar biasa.



p/s :: tahukah awak-awak semua, siapakah si "The Incredible Human"? The Incredible Human ialah si dia, kamu yang di sana, kamu yang tengah baca post ni atau pun mamat yang jual cendol tepi jalan yang muslim beriman lagi bertaqwa! sudah pastinya role model buat sesiapa yang nak jadi manusia hebat ini ialah Rasulullah SAW, kerabat dan sahabatnya. Selawat~ :)