..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Thursday, August 2, 2012

The Incredible Human




Assalamualaikum wrb :)

Alhamdulillah....well. Hurmmm. Dah lama tak menulis. password untuk log in blog pun hampir lupa memang lupa. Terpaksa buat baru.

First of all, is it foolish if i said, my very dream is to have a dream? it is kind of ridiculous to understand at first, but after scrumbling my thoughts i doubt you would question me. So, before you ask me, i ask you first. What is your big dreamsss?

"get rich,  big house, luxury cars, find my Mr/Mrs Right, have kids, getting older and die".----> the most popular answer. Mungkin ini jawapan masa zaman lampau dulu. So apa kata hari ini cuba kita ubah sikit supaya lebih kepada "jawapan masa zaman moden".Oh yeah i've seen it up there. "i want to be the incredible Muslim = get rich with humble and low profile life style (like Abu Bakar ra), soleh or solehah Mr/Mrs Right, having a soleh/solehah kids, living in "dakwah and tarbiyah" circumstance,............bla bla bla and die (mestilah nak khusnul khatimah). Lagi sweet kalau macam ni kan? hidup dalam kemuliaan dan datang jumpa Allah dalam keadaan mulia juga. Qolbun saleem. Kita tidak boleh undurkan masa. Tapi kita ada saat ini untuk diperjuangkan. Kita ada saat ini untuk mengubahnya. Semua pun berhak, tiada siapa terlewat :)


Actually.................


 Biasanya kata-kata saya yang cipta sendiri tapi hari ini saya nak share satu poem yang saya rasakan cukup menarik. This poem were written by lovely 17 years old girl, Sofia Shazlin. Schoolmate adik saya. Dia bercita-cita nak jadi "MANUSIA LUAR BIASA". Subhanallah! di usia semuda ini di mana cabaran jahiliyyah makin menggila, dia sudah punya prinsip hidup. Saya jadi teruja membaca sajaknya. Pandangan saya, inilah mawar-mawar agama yang kita dambakan untuk bangkit menjadi srikandi ummah. Zaman Modenisasi Jahilyyah sekarang ini kita lihat berapa ramaikah mawar yang gugur? berapa ramaikah gadis-gadis yang rapuh prinsip aqidahnya? berapa ramaikah remaja saat ini kian lemas dalam cinta dusta? cinta semberono? lalai dengan budaya hedonism? ayuhlah kita bantu mereka. tolong lihat-lihat adik kita itu. Jangan dibiarkan kerana remaja dahagakan kasih sayang, mereka inginkan kefahaman, didikan dan pencerahan. Bukan hukuman semata.  Jika kita layak untuk bahagia, mereka juga layak.

semoga adik sofia teruskan "dakwah comel" dia ni.

kalau jadi batu
Jangan jadi batu di tepi jalan
Tiada nilainya, tiada harganya
Disepak orang, dipijak orang
Tetapi,
Jadilah batu permata
Yang bersinar dan berkilau
Dihargai orang (Allah pun sayang)


Kalau jadi kayu
Jangan jadi kayu reput
Yang patah, yang buruk
Dibuang orang merata-rata
Tetapi,
Jadilah kayu JATI
Kayu yang mantap
Mahal harganya dan dihargai orang (Allah pun bertambah sayang)


Kalau jadi manusia,
Jangan jadi manusia biasa-biasa
Yang longgar jiwanya, rapuh imannya
Sempit mindanya, gelap masa depannya
Tetapi,
Jadilah manusia luar biasa
Gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya
AlQuran juadahnya, jauh pandangannya
Gemilang masa depannya (Allah berkali ganda sayang)


Perahu sudah di air
Pendayung sudah di tangan
Fikirlah dan renunglah!
Katakan pada dirimu
Bahawa aku tidak memilih untuk menjadi manusia biasa-biasa
Tetapi,
Aku memilih untuk menjadi manusia luar biasa.



p/s :: tahukah awak-awak semua, siapakah si "The Incredible Human"? The Incredible Human ialah si dia, kamu yang di sana, kamu yang tengah baca post ni atau pun mamat yang jual cendol tepi jalan yang muslim beriman lagi bertaqwa! sudah pastinya role model buat sesiapa yang nak jadi manusia hebat ini ialah Rasulullah SAW, kerabat dan sahabatnya. Selawat~ :)


No comments: