..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Tuesday, August 7, 2012

Mercun Oh Mercun

Assalamualaikum wrb.....


Usai solat Maghrib berjemaah bersama keluarga, masing-masing membawa diri untuk bertadarus sebentar sementara menunggu masuk waktu solat Isya'. Nurul seperti biasa membawa dirinya ke bilik. Tenang di situ. Namun belum pun 10 ayat dibaca, hatinya beristighfar berkali-kali. Siapa yang tidak bergegar jantungnya pabila terdengar serangan mercun dari anak-anak jiran tersayang (atau bapak budak) ? Bersangka baik. Mengurut dada saja dan tersenyum bahagia menahan sabar. Lalu Nurul pantas bermuhasabah diri. "ya Allah alhamdulillah Kau kurniakan ilham ini..."

Berfikir sejenak. Jika dia turut berasa terganggu dengan serangan 'bom' tadi, apatah lagi jiran-jirannya yang lain? Ya Allah kasihani kami. Maafkanlah daku. Maafkanlah mereka yang tidak mengetahui.

Bukan kah ini termasuk dalam menggangu ketenteraman jiran? juga menafikan hak-hak jiran?

Siapa jiran? jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. 40 buah rumah dari setiap sisi rumah kita (teringat silibus pend. Islam kalau tak silap). Ini bermakna 40 buah rumah kekanan, 40 buah rumah kekiri, 40 buah rumah kehadapan, 40 buah rumah kebelakang, 40 buah rumah keatas atau kebawah ( jika rumah flat/apartment/kondominium/etc etc). Fuyooooo ramainya. Itulah dia jiran kita. Jiran kesayangan kita.

Rasulullah SAW juga selalu meng'highlight'kan berkenaan jiran kepada umatnya. Oleh sebab itulah kita sebagai seorang Muslim kena menjaga akhlak dan adab. Begitu juga yang bukan beragama Islam. Kita hidup bermasyarakat mesti hormat-menghormati dan saling menjaga.

Apa kaitannya mercun dengan jiran? Apabila jantung Nurul tersentap dek 'bom' tadi, ligat sahaja otaknya teringatkan pesan dan amaran Rasulullah SAW. Subhanallah! baiknya Allah. Nabi diutus untuk sempurnakan akhlak. Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak 3 kali "demi Allah, tidak beriman! demi Allah tidak beriman! demi Allah tidak beriman!" Sahabat bertanya, siapakah yang dimaksudkan oleh baginda? Lalu baginda menjawab; "seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya" [HR Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46] Subhanallah! sampai begitu sekali Nabi memuliakan jiran.

Kadang-kala, banyak perkara yang kita tidak perasan. Banyak tindakan dan akhlak buruk kita yang menyebabkan 'kesusahan' jiran. Antaranya ialah mem'parkir' kereta di hadapan rumah jiran sehingga mengganggu jalan keluar masuk, menanam pokok dan membiarkan pokok tersebut tidak diuruskan dengan cermat (daun-daun/dahan-dahan jatuh dan masuk ke kawasan jiran), membiarkan kucing peliharaan 'berak' sesuka hati di halaman rumah jiran sehingga mengganggu, terlalu bising, mengumpat, memfitnah dan seribu macam lagi. Jika difikirkan dengan akal waras, sudah tentu kita tidak mahu perkara sama terjadi kepada diri kita sendiri bukan?

Patut lah ada satu hari tu, abangnya jawab macam tu. alkisahnya...

Nurul merapati abangnya si Hafiz yang sedang bersantai sambil tersengih lebar :

"Hafiz.....ana ada ternampak mercun kau dalam laci. banyak. ana nak boleh? hehe..."

si abang dengan muka selambanya jawab "tak boleh. kalau nak pi cari tempat jauh. kalau kau nak jugak, kau tanggunglah dosa. ana tak mahu tanggung dosa"

Nurul binggung memikirkan jawapan abangnya. "....kalau kau nak jugak, kau tanggunglah dosa...."
Masa itu otak Nurul 'loading' tak dapat tangkap. Sesaat kemudian barulah dia faham. Nanti  bunyi daripada mercun mengganggu jiran berdekatan. JIRAN. Entah-entah ada jiran yang masih punya 'baby', entah kot kot lah ada warga emas ke apa ke.....tak ke sentap? kasihan.

"eiii tak mahulah tanggung dosa. sia-sia je" balas Nurul sambil berlalu pergi mencari kerja berfaedah untuk dibuat.


Tersenyum Nurul teringatkan 'tarbiyah' dari abangnya berkenaan mercun tempoh hari.

Kita ini hamba yang serba lemah dan perlukan ingatan setiap detik. Fitrah manusia mudah terleka, ayuh bangkit baiki akhlak kita. Lagipun hidup di dunia bukan seorang, kita hidup ramai-ramai kenalah jaga nilai-nilai/akhlak kemasyarakatan. Bukankah hablumminallah dan hablumminannas? hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Ketika membelek-belek diarinya, terlihat Nurul beberapa hadis berkenaan JIRAN yang di salinnya ketika menghadiri taman-taman syurga. Dia ingin tebarkan wangian syurga itu agar turut dirasai insan lain.

Rasulullah SAW bersabda :
" 4 unsur yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, JIRAN YANG BAIK dan kenderaan yang menyenangkan hati" [HR Ibnu Hibban]

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda : "Jibrail sentiasa berpesan kepadaku agar menjaga hak-hak jiran sehingga aku menyangka seseorang jiran bakal mewarisi harta jirannya" [HR al-Bukhari no.5669 dan Muslim no. 6854]

Hebat sungguh Islam dalam penjagaan hak jiran. Islam sangat 'caring' dalam sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Jom! mulai hari ini. Mari kita sayang jiran-jiran kita.Tunjukkan akhlak yang baik, insyaallah Allah makin sayang :)

Buat ibu-ibu dan ayah-ayah tersayang, pantaulah anak-anak anda. Nak meraikan kemeriahan ramadhan/raya itu tidak salah. Cuma berhati-hati dengan 'bahaya' mercun. Kalau Nurul dah berumah tangga nanti dan dikurniakan cahaya mata amanah Allah, Nurul akan pantau dan hanya benarkan anak-anak Nurul bermain bunga api yang tidak bahaya atau pun mercun 'pop-pop' je. Bunyi tak kuat. Macam bertih jagung! Tak pun, Nurul nak didik anak-anak supaya dekat dengan masjid/surau. Daripada sibuk mencari mercun, lebih baik Nurul didik mereka supaya berakhlak atau  'melekat' berjemaah di masjid.

Uihhh. Jauh sungguh fikiran Nurul. Baginya, merancang kena dari awal. Mencegah sebelum merawat. Sediakan payung sebelum hujan! Peribahasa apa lagi? Sudah-sudah. Mari tutup diari, bersiap sedia menunaikan solat Asar.

Tamatlah kisah si Nurul.....semoga menberi manfaat  pada kita :)








No comments: