..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Thursday, August 4, 2011

SMS Seorang Sahabat



sahabat 1 : .....actually nak tanya kau ni.

sahabat 2 : oh okay. tanya ah. aku jawab.

sahabat 1 : memandangkan kau pandai agama2 ni kan. nak tanye. aku dah semayang. dah ngaji. tapi nape ea aku still panas baran.

sahabat 2 : aku try tolong...(sambil berfikir ayat apa yg paling hikmah, sesuai untuk dia dan mudah difahami )
maybe kau still buat kesalahan. dah buat solat taubat? betul2 bertaubat sahabat 1... x semestinya da solat, mengaji n puasa semua tu dah selesai semua masalah dengan Allah. kau kena muhasabah diri, sabar gile gile...mulut tu kalau boleh zikir. hati jadi lembut..senang kata. kau kena jaga hubungan kau dengan Allah, baru Allah jaga hati kau..

sahabat 1 : haih. susah nya.

sahabat 1 : macam mana kalau aku semayang taubat tapi nanti aku terbuat lagi.

sahabat 2 : itu maknanya Allah tak ampun lagi dosa..u know what, never give up on God. keep doing the taubat keep on praying..maybe Allah just want to testing your iman.

kau cakap susah kan? yeah itu harga "iman" yang kau kena bayar....nak buat baik memang susah. tapi bila nak buat dosa memang sangat2 senang...thats syaitan.

sahabat 1 : haih. insyaAllah aku try.

....(.........).....


sahabat 1 : one day aku akan jadi suami or maybe bapa. kalau tak ubah cara hidup dari sekarang. bila lagi.

sahabat 2 : betul tu. baguslah kalau dah fikir macam tu.

.....mesej terhenti disitu.....


walaupun mesej terhenti disitu. tapi aku terus berfikir berkenaan masalah sahabat ku. aku ingin sekali membantunya. walaupun sedikit. apa yang aku mampu insyaAllah aku akan tolong. aku suka ambil iktibar dari masalah yang berlaku di sekeliling aku. di sini aku ingin menambah kata-kata ku buat sahabat. sms tidak cukup kerana banyak faktor yg menghalang. apa dayaku seorang perempuan? kalau engkau seorang perempuan, bisa saja aku mengajak keluar supaya dapat bertemu untuk berbincang. atau cara lain. aku tidak mahu apa-apa fitnah terjadi padamu. banyak hati perlu dijaga. ku kira pertimbangannya, lebih banyak mudarat dari manfaat jika itu semua terjadi. menerusi blog mungkin engkau lebih mudah mengerti. dan semua dapat manfaatnya.

sahabat...sebagai tambahan, untuk tidak mudah baran. belajar untuk ikhlas memaafkan orang lain. dan belajar untuk selalu meminta maaf kepada orang lain. islam tidak mengajar umatnya dengan sikap benci/bermusuhan. Rasulullah SAW sendiri melayan wanita kafir yg selalu berbuat tidak baik padanya dengan sifat sabar. malah memaafkannya dan menziarahi wanita itu ketika dia sedang sakit. ingatlah bahawa sifat amarah itu datangnya dari syaitan yg suka mengadu domba. datangnya sifat amarah itu kadang disebabkan byk faktor seperti cemburu, tidak sabar, bersangka buruk dan terlalu emosi.

banyak lagi cara untuk hilangkan panas baran contohnya berwudhu' dan diam. diam bukan bermakna kita mudah dipijak. tapi diam beristighfar, fikirkan jalan penyelesaian yg paling hikmah dan bijaksana. jgn bertindak melulu.

lagi. doakan lah orang yang membuat mu marah. doa doa doa. doakan kebaikan kedua belah pihak. orang yang mulia akan sentiasa mendoakan untuk orang lain. tidak ada yang boleh membantumu kecuali Dia. Dialah pemilik hatimu. mintalah pada Allah. yakin!

insyaALLAH sahabat 1. carilah atau berbincanglah atau berdampinglah dengan orang yang lebih arif ilmunya.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

" barang siapa bertaubat sedang dia tidak mempelajari ilmu. maka dia bukanlah orang yang benar-benar bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak bertambah tekun ibadahnya, maka dia bukanlah orang yang benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak berusaha membuat seterunya rela (kepadanya), maka dia bukanlah orang yang benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak merubah pakaian & perhiasannya, maka dia bukanlah orang yang benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menggantikan sahabatnya, maka dia bukanlah orang yg benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat seang dia tidak melipatkan tilam dan tikaarnya, maka dia bukanlah orang yang benar2 bertaubat. dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menyedekahkan kelebihan yg ada padanya, maka dia bukanlah orang yg benar2 bertaubat. maka apabila kelakuan2 ini nyah dari seorang hamba, barulah dia menjadi seorang yg benar2 bertaubat"


Allah itu Maha Pengampun lagi mengasihani hambanya, selagi mana engkau tidak mati dalam keadaan mensyirikkanNya.


No comments: