..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Sunday, February 19, 2012

Bolehkah Hidup Tanpa Telefon Bimbit?

assalamualaikum.........

alhamdulillah. nak di jadikan cerita. hari ini, masuk aje ke bilik asrama terus tersenyum. tiba-tiba Allah beri ilham dan ingatan pada "benda" itu. rupa-rupanya saya tertinggal handset. senyum lagi. lagi dan lagi, semakin lebar. menjadi-jadi.


sedikit pun tidak gusar di hati. Dia tolong coverkan. apa nak di risaukan? seminggu lagi umi abah hantar kembali handset tersebut lantaran tidak mahu terlalu mengusahkan mereka walaupun rumah 45-50 minit dari utm. tidak apa. seminggu saja. sabarlah hatiku...............jasad tidak mati jika tiada "benda" itu. hati juga begitu. yakinlah Allah pasti tolong hambaNya.

mungkin agak sukar hidup tanpa telefon bimbit. iya lah, nak berhubung dengan rakan-rakan jika ada hal yang penting. tapi tidak apa. saya cari alternatif lain. jadikan ini sebagai ujian ketahanan iman.


bagaimana jika anda yang mengalami situasi seperti ini?
saya tidak perlukan jawapan. sekadar ingin anda berfikir :)



"sesungguhnya Kami akan uji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda & jiwa serta buah-buahan. sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar"



ya Allah, kekurangan ini akan memberi latihan yang bermanfaat untuk imanku, juga akhiratku. maka aku redha dengan ketentuanMu. sesungguhnya harta apa yang aku miliki sekarang ini tidak lain dan tidak bukan ianya milikMu. Engkaulah yang Maha Kaya lagi Pemurah. sedangkan aku tidak punya apa-apa. hanya meminjam. redhalah hatiku...........

No comments: