..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Monday, November 21, 2011

How To Straighten The Line?

...
assalamualaikum wbt....

its been a long time I have'nt write anything here because of my FULL SCHEDULE. okay that was not the problem anyway. let us proceed the writing!

what comes to my mind lately is ------>how to straighten the SAF? how im going to make my friends understand about it? yes we might know how to form the saf, but do not know how actually the right way to do it. this is very important thing that will lead us to perform a perfect sollah (pray).

para IMAM dan juga MAKMUM sila ambil perhatian. juga peringatan buat diri ini yang serba kekurangan... mainkan peranan anda dan kita. kadang2 sedih juga melihat terputusnya saf. bagaimana nak merasa indahnya solat berjemaah jika terputus saf? di mana kemanisan berjemaah? di mana kekuatannya? sedangkan bahu tidak saling bersentuhan menguatkan bagai benteng....benteng tak kuat senang dirobohkan anasir-anasir luar....inilah kebiasaan yang dilihat di masjid-masjid juga surau-surau kita. saf tidak rapat diantara bahu dan kaki juga dijarakkan semata-mata untuk keselesaan diri....sedikit juga yg mahu menegur. mungkin kita manusia sering terlupa...tetapi "terlupa" itu harus diletakkan ke tempat yang sepatutnya...muhasabah sama-sama. "bagaimana saf ku? luruskah?"

"....ishh..takut nanti kaki tersepit masa nak tahiyat terutamanya tahiyat akhir..."

" aku suka ada ruang...selesa sikit, tak panas dan tak tersepit.."

tersepit ke tak tersepit itu bukan masalah besar duhai khalifah bumi Allah...insyaAllah tiada masalah jika diamalkan dengan cara betul (bahu, kaki, siku bersentuhan) malah kemanisan berjemaah diraih bersama keredhaan Allah...ayuh menuju kejayaan! ^_^


the right way(s) :

1) make sure your shoulder touches with your next person shoulder. there should'nt have ANY SMALL spaces between them. make it compact.

2) make sure your heels (tumit) in the same line. *sebelum solat rajinkanlah CHECK tumit sendiri dan orang sebelah kita supaya kedudukannya lurus. lurus bermaksud sekata, tidak ada yg ter-ke-belakang, juga tidak ada yang ter-ke-hadapan. biasanya di masjid & surau dah ada line. betulkan! paling afdhal jika imam sendiri sebelum mula solat pandang ke belakang check saf.

Rasulullah bersabda SAW:
"tegakkanlah (ratakan & luruskan ) saf-saf kamu sekalian. demi Allah, (kamu diperintahkan agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu! "
-Bukhari dan Muslim-

"dan barang siapa memutuskan saf (tidak merapatkan atau tidak memenuhkan saf), maka Allah akan memutuskan hubungan denganNya"
-riwayat Ahmad dalam musnad Imam Abu Daud-


sukacita saya hendak menceritakan bagaimana tegasnya Rasulullah SAW dan para sahabat dalam merapatkan/meluruskan saf.

Rasulullah SAW sebelum memulakan solat akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik menceritakan, ketika telah iqamat untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya berkata "luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku"..riwayat Bukhari..

haa bukan itu sahaja. ada lagi riwayat yang menyatakan baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada lurus atau tidak. malah baginda masuk ke celah-celah barisan itu!

pada zaman khalifah pula, Umar al-Khattab mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. beliau tidak akan mula bertakbir sebelum orang yang membantunya itu memberitahunya bahawa saf benar-benar sudah lurus.

begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Thalib, mereka berdua sepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. saidina Ali selalu mengatakan "..maju wahai si fulani, mundur sedikit wahai si fulani.."

itu ketika zaman para sahabat. bagi situasi zaman sekarang ini di mana jumlah makmum kadang terlalu banyak (alhamdulillah). tak kan kita nak suruh imam check satu persatu? di sinilah peranan makmum. berilah kerjasama dan peringatan pada orang di sebelah kita untuk memudahkan urusan.

dari Anas ra, dari nabi Muhammad saw sabdanya : "betulkanlah saf-saf (barisan) semasa solat berjemaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu dari amalan menyerjakan sembahyang dengan sempurna"-Bukhari-

"tidak ada satu langkah yang sangat dicintai Allah daripada langkah seorang hamba untuk menyambung saf solat "-Abu Daud-

"sesungguhnya Allah taala dan para malaikat berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf solatnya, dan barang siapa yang menutup celah dalam solat berjamaah, maka Allah akan mengangkat orang itu satu darjat "-Abu Daud-


iyaa memang benar kekuatan ummah itu sendiri terbina asasnya dengan bersolat jemaah tetapi.... sudah berfikirkah, sempurnakah solat jemaah kita? wallahua'lam...Allah Maha Mengetahui sama ada sempurna atau tidak. kita hanya berusaha termampu semaksima yang mungkin...apa lagi nak di tunggu? ayuhhh! bangkit! ^_^

solat berjemaah + saf rapat dan lurus = KITA KUAT
solat jemaah - saf rapat dan lurus = KITA GOYANG (lemah)

dalam mengatur strategi berperang ketika zaman Rasulullah saw pun mengutamakan barisan (saf-saf) yang benar-benar rapat dan lurus agar benteng pertahanan kuat. begitu berdisiplin...ambillah pengajaran dari kisah-kisah nabi dan para sahabat. semoga bermanfaat..

No comments: