..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Tuesday, November 22, 2011

Al-Mumtahanah

kamu...
jangan memandang
juga tidak dipandang

kamu...
jangan hadirkan fitnah di hatiku
juga penghancur iman

kamu...
sentiasa berhati-hati
kerana memelihara putihnya hati



maafkan aku...
membina jarak marhallah denganmu,
mengelak,
jika tiada kepentingan urusan,
satu cara menjaga kesucian,
kehormatan malah imanmu!

tanda aku menghormati, kemuliaanmu,
takut menjadi asbab kelalaian.

ketahuilah...
diri ini penuh rasa malu, malu padaNya,
memelihara ihsan,
itulah perisai paling kuat,
laksana al-hadid (besi),
sekali tidak akan ku gugurkan,
jika aku gugurkan,
tanggalkan,
hancur dunia.

fahamilah...
pergaulan yang dihiasi dengan bintang-bintang syariat dan tauhid padaNya,
pasti indah!
hanya satu ikatan suci membenarkan,
tiada istilah pergaulan bebas denganmu (ajnabi),
kerana "pergaulan bebas" itu ku simpan untuk yang haq,
impian bidadari syurga,
meski aku tidak tahu siapa dia (jodohku),
dia? di sana? mana? kamu?
aku tidak tahu,
tapi aku yakin namanya pasti tertulis di luh-mahfuz untukku,
hatiku milik ALLAH jua,
mutlak,
Islam itu indah malah mengindahkan,
bukan menjelekkan,
bukan jua membebankan.

fahamilah...
kamu ajnabi,
aku penghancur dunia?
atau,
pendidik ummah?

iyaa..seorang musafir dunia yang mengejar mardhotillah,
pendidik ummah.

biar aku berkorban,
jangan kamu terkorban dengan api neraka keranaku,
atau
sama-sama berkorban,
apa salahnya?
korbankan nafsu,
jaga hati putih,
jaga jelingan.

terima kasih...
alhamdulillah,
kerana fahami aku,
hormati pendirianku dalam batas pergaulan,
aku jua memahami kamu.
aku mahasiswi,
kamu mahasiswa,
kita berbeza.


"barang siapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya terjaga"-Umar alKhattab-

sekadar coret berisi bunting,
buat siswi dan siswa.




No comments: