"DERITA BERMULA DENGAN AKAL DAN NAFSU"
As long as you are bound to love the world,
So long you would not know WHAT IS THE REAL LOVE. Ar-Rahman...remember me, I will remember you (alBaqarah152).
Selagi kamu perhambakan diri pada dunia, iaitu meletakkan DUNIA ke dalam hati,
kamu sebenarnya mati. kaku.
cinta dunia :
- cinta lelaki/perempuan yang bukan halal buatmu.
- cinta kekayaan, harta masyur, apa nikmat/kesenangan yang melalaikan.
- cinta maksiat, malah berbangga pula atas maksiat tersebut tanpa rasa malu.
takut mati kerana takut tinggalkan dunia
Selagi kamu terikat dengan cinta dunia,
Selagi itu kamu tidak punya malu...tidak punya IHSAN.
sedarkah kita dijadikan daripada setitis air mani yang hina?? pada waktu itu kita tidak punya apa-apa, lalu Dia menyempurnakannya.
Apa sumbanganmu pada bumi? pada ummah? pada Allah? bukankah setiap hari kita memperbaharui IKRAR SUMPAH SETIA, lailahaillallah...muhammadurrasulullah....
Kelak akan dipersoalkan (amanah)
patutkah manusia menyangka bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan kembali untuk menerima balasan) ? -alQiyamah36-
kemana kamu gunakan nikmat akal? kemana kamu gunakan nikmat iman, islam? kemana kamu gunakan hartamu? kemana kamu gunakan nikmat kesihatan, masa muda gagah? tidak akan melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga ditanya kepadanya 4 perkara...masa mudanya, pada apa dia telah habiskan (tirmizi)
kemana kamu gunakan nikmat kecantikan?duhai ummah yg disayangi, duhai jiwa-jiwa lunak milik Allah...bila ada mata kita tidak nampak. bila ada akal kita tidak mahu fikir. bila ada telinga tidak mahu mendengar...maka Allah telah janji "mereka ini umpama haiwan ternakan, bahkan lagi teruk dari itu.."
Rise O Ummah!
p/s :: 2 3 hari lagi...SELAMAT KEMBALI KE UNIVERSITI :) do not forget to completed the assignment (s)! try to be an excellent student at the same time be an excellent muslim! assignment (s)= amanah. elaa leqaa...semoga Allah permudahkan segala urusan kita. insyaallah..
No comments:
Post a Comment