sahabat dan sahabiah yang saya kasihi sekalian :)
Ingin sekali saya membicarakan sesuatu. Tapi............saya tidak tahu bagaimana harus saya tintakan. Biarlah hanya kata-kata yang menjadi watak utama.
sahabat dan sahabiah yang saya sayangi kerana Allah,
Saya yakin sekali bahawa setiap individu mempunyai prinsip bagaimana aturan hidupnya diaturkan. masing-masing punya pendapat, masing-masing punya fatwa hati (boleh diguna pakai selagi ianya masih berpaksikan kewarasan iman). Oleh itu, bagi setiap pendapat dan perbezaan diantaranya saya hormati. Saya yakin anda juga mempunyai keluhuran peribadi yang baik.
sahabat dan sahabiah yang dimuliakan Allah,
Kita diciptakan untuk saling memahami. Oleh itu, fahamilah dengan hati yang lapang. Berlapang dada.
...kedua-duanya saling menghormati, memahami, membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana berasa diri lebih baik, tidak berpecah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, bersangka baik dan berlapang dada.......
Saya ingin mengajak anda berfikir sejenak. Sekalipun diri saya sendiri. Mari keluar dari akal sempit, kerana takut-takut hati dan iman juga sempit.
"perlu ke nak jaga pandangan, bla, bla.....? tak syadid sangat ke?
jawapan saya, perlu. Islam itu cukup indah jika diamalkan. Segala sesuatu Allah dah bagi solution yang paling sesuai untuk kita. Ianya mudah dilakukan dengan hati yang hidup. Pendapat saya, pandangan mata sangat-sangatlah penting untuk dijaga. Terutamanya ketika bermuamalat dengan seseorang yang berlainan jantina. Apatah lagi di usia muda sebegini dimana dugaan datang menyerang bertubi-tubi.
Dia bukan ustazah,
hanya kerna dia menundukkan pandangan ketika berjalan,
Dia bukan ustazah,
hanya kerna dia bertudung litup dan labuh sempurna,
Dia bukan ustazah,
hanya kerna kata-katanya yang hikmah,
Dia bukan ustazah,
hanya kerna menjaga pergaulannya, terutama terhadap teman bukan sejantina,
Dia bukan ustazah,
hanya kerna dia mempunyai akhlak yang indah,
Dia hanya manusia yang takut pada hisab Allah,
Dia hanya muslim yang tidak ingin menjadi fitnah terhadap agamanya,
Dia hanya hamba yang inginkan redhaNya,
nilaian pada pandangan Rabbku, lebih penting daripada nilaian di mata kamu.
-nukilan buat sahabat-
^_^
^_^
kesimpulannya, tidaklah kita menghalalkan pergaulan yang bebas hatta atas dasar nama "berpersatuan", hatta atas nama "organisasi" kerohanian sekalipun. Islam menawarkan kaedah yang sesuai dengan fitrah manusia. Sesuai dengan syariat :)
semoga kita dilimpahi rahmatNya dan diberikan kefahaman dalam beragama.Rasulullah SAW bersabda sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, Allah akan memberikan kefahaman dalam Ad-deen.
semoga kita dilimpahi rahmatNya dan diberikan kefahaman dalam beragama.Rasulullah SAW bersabda sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, Allah akan memberikan kefahaman dalam Ad-deen.