..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Sunday, March 9, 2014

Debat Piala TNC



DEBAT | PIALA TNC | 6 OKTOBER 2013 | DEWAN SULTAN ISKANDAR | KENANGAN

Usul : Jika Tunku Abd Rahman Masih Ada, Pasti Tunku Menangis.


Tika ini, tiba-tiba hati jadi sebak sangat.
Melakar-lakar dimindaku,
Satu persatu persoalan menjentik jiwa yang sedang bermujahadah.

Jika Tunku Abd Rahman masih ada, pasti Tunku menangis...
Lalu aku....
Teringat pada Rasulullah SAW...
Jika Rasulullah SAW masih ada, pasti baginda menangis...
melihat ummat ini.

Bangun speaker ke-2,
Lancang hujahnya. mengingatkan kami akan perjuangan Tunku Abd Rahman.
Apakah perjuangan yang Tunku bawa ?

Lalu aku...sekali lagi
teringat pada Rasulullah SAW...
Apakah perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW ?

Perjuangan bangsa , matlamatnya sering berubah-ubah mengikut rentak kepimpinan ketika itu. Dasarnya rapuh.

namun, sedarkah kita ? perjuangan Islam yang Rasullullah SAW bawa dari dulu hingga kini, bahkan selamanya tidak pernah berubah matlamatnya.
Dasarnya cukup ampuh iaitu AKIDAH ISLAMIYAH.

perjuangan bangsa tidak ke mana-mana jika tidak dengan ISLAM!