..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Friday, June 1, 2012

Di mana Muktasim?

Allah maha mengetahui segala isi hatimu [67:13]

13 MEI 2012

wahai imam kepada ummah,
aku merindui Muktasim,
aku merindui pelindung-pelindung yang gagah mempertahankan kemuliaan wanita-wanitanya,
aku merindui Muktasim yang amat memahami wanita.

wahai imam kepada ummah,
di manakah kamu?
disaat aku memerlukan suara padumu untuk menegakkan daulah islamiyyah,
AWAS! kebatilan dan haq tak akan bisa bersatu,
imanku tidak akan bisa menerimanya.

aku minta difahami,
aku mohon agar maluku terpelihara,
aku harap maluku difahami.............


duhai srikandi ummah,
maafkan mereka yang belum mengerti erti malu seorang muslimah,
maafkan mereka yang belum faham bahawa fitnah yang ada pada mereka tidak sebesar fitnah yang ada padamu, 
mereka mungkin terlupa,
mungkin juga terleka,
lalu tugas siapa untuk membangkitkan mereka dari tidur yang lena?




"Akulah orang yang akan membangkitkan mereka dari tidur yang lena"
 

No comments: