..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Sunday, April 8, 2012

Hablumminallah & Hablumminannas

Assalamualaikum saudara dan saudari yang mya kasihi kerana Allah :)

Mari. Mari kita lihat beberapa babak kehidupan yang mungkin pernah berlaku disekeliling kita. Mari juga kita sama-sama merenung kembali, apa pantaskah layanan/situasi sebegini berlaku? bagaimana kelak kita hendak memberikan persaksian-persaksian ketika dihadapan Rabb? mya yakin saudara dan saudari yang mya kasihi ini juga bimbang hal itu. Mya yakin semuanya soleh dan solehah belaka. Mya mohon sangat-sangat kita diampunkan dan diberikan kefahaman yang jelas :)

Babak 1

Kuliah Tassawur Islam baru sahaja bermula. Seramai 25 orang pelajar muslim dan 5 orang pelajar non-muslim turut mengambil subjek tambahan ini. Kuliah berjalan seperti biasa dan topik yang dibincangkan agak best! Kemudian, pensyarah bertanyakan sesuatu kepada seorang non-muslim. Berkenaan sesuatu (something about Islam). Setelah itu, kelas riuh dengan gelak ketawa (of course lah majoriti muslim yang menyumbang gelak) kerana mendengar jawapan si non-muslim itu tadi. Dia diam sahaja. Riak mukanya sukar ditafsirkan. Sarah dan sahabatnya, Balqis saling berpandangan lantaran tidak bersetuju dengan situasi gelak tawa seperti itu. Bagi mereka, perkara seperti ini tidak melucukan. Mungkin ramai yang masih tidak faham. Tidak mengapa, maafkan mereka. Mereka tidak tahu mungkin. Lalu tugas siapa untuk memahamkan mereka?



Babak 2

Cuaca menyegarkan tubuh. Sedang bersantai di kedai kopi. Menghirup air panas ummmphh! Bicara bermula...antara si A ( bekas mualaf), B,C dan D.


A                :: bila diingatkan, aku rasa marah betul dengan sahabat-sahabat aku yang dulu..(suara penuh kesal tapi tegas)

B, C dan D :: laaa, kau ni kenapa? cer citer siket...

A                :: aku kesal dengan sahabat-sahabat ku yang dulu kerana sepanjang kami berkawan, tidak pernah sekali pun dia mengajarkan Islam pada aku. Tidak pernah nak kenalkan atau menceritakan betapa indah Islam itu....sekarang aku sangat-sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Islam...


B, C dan D :: .....(telan air liur. terkedu).......





**********************************************************************************
                                      **********************************************


Di sini, mya nak ulas sedikit mengenai babak 1 dan 2. Bayangkan mya ini seperti si Sarah dan Balqis itu.
Bagi mya, mereka tidak patut mentertawakan si non-muslim itu. Bahkan jika kepada muslim juga. Non-muslim tersebut mungkin sedang mendalami Islam. Banyak terms yang mereka tidak faham. Bayangkan apa perasaannya jika ditertawakan? apa persepsi "muslim" padanya? daripada ingin dekat pada Islam, kini semakin menjauh. Mungkin ada yang berkata...

" tak apa......dia (non-muslim) tak kesah pun. tak kecil hati pun..."

mana kita tahu jauh di dasar hatinya? sesaat? dua saat? walaupun dia tidak terasa atau tidak berkecil hati, tidak bermakna kita boleh berbuat sesuka hati. Mungkin hubungan kita dengan manusia (dia) baik-baik sahaja, tapi adakah Allah redha perbuatan mentertawakan/sewaktu dengannya itu? baikkah begitu hubungan kita dengan Allah? oleh itu, peliharalah lidah dan mulut. Lidah dan mulut memberi kesan pada hati. kita sebagai seorang muslim yang dikatakan "bertaqwa dan beriman" (yeke?) ini seharusnya memandang siapa-siapa sahaja dari kaca mata dakwah. Bagi mya, no questions are stupid and no answers are stupid when it comes to dakwah. Jika orang lain tidak faham, kita kena fahamkan mereka dengan sabar dan hikmah. Bukankah confusion is a better start for learning? Kita yang kena bimbing mereka. Tunjukkan peribadi yang mulia pada mereka.  Maafkan mya jika terlalu lantang berkata-kata. Mya juga sering tersilap. Mungkin ada yang memandang situasi ini remeh saja, tidak apa-apa. Bagi mya, ini merupakan isu yang bukan remeh. Ia menjadi remeh kerana sudah biasa berlaku dan tiada yang menegur.


Islam mengajar kita supaya berakhlak dengan orang yang bukan muslim. Indah kan?
siapa lagi yang nak mengindahkan Islam itu kalau bukan KITA?  :))


Babak dua pula, ini kisah benar luahan hati seorang bekas mualaf.
 *mualaf, bila dah lama masuk Islam, sudah tidak dipannggil  "mualaf" lagi. Fahami betul-betul.

dalam bicara babak dua tadi, nak cakap pengajarannya ialah, dakwah bukan hanya pada yang sememangnya muslim saja. Bahkan pada yang non-muslim juga :)


Berdakwah,
bukan hanya untuk mat-mat lebai berserban dan berpelikat,
bukan hanya untuk GTL (geng tudung labuh),
 Tapi,
Berdakwah,
juga untuk sesiapa saja,
 bahkan untuk seseorang yang baru nak mengenal agama,
bahkan untuk seseorang yang baru nak berhijrah tutup aurat,
hatta untuk yang mualaf dan non-muslim.

kerana apa?

kerana KITA semua memegang title "muslim",
dan sedia ada SYAHADATUL HAQ! 
kita tidak boleh lari hakikat dan syariat,
 hari-hari kita berikrar (ucap syahadah dalam solat),
ikrar equal to SYAHADATUL HAQ,
sudah ikrar,
kena tanggung dan jawab.

jawab kat mana?

di akhirat, kita akan dipersoalkan akan segala apa yang kita "tanggung" kat dunia.
bersediakah kita?
nak jawab apa jika tiada bekal?
-from someone that loves you all-
^_^

sayang-sayangku sekalian,
dengar ini ya my dear,
Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz Bin Jabal,
"wahai Muaz, andai kata Allah memberikan hidayah kepada sesorang itu atas hasil usahamu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh dunia dan segala isinya."
H.R. AHMAD

2 comments:

Anonymous said...

tertusuk di kalbu.
memikir kembali,adakah diri ini t'masuk dlm golongan yang majoriti itu?
astaghfirullahalazim. -___-

Amirah said...

mudah-mudahan tidak termasuk. tapi jika termasuk, tidak mengapa. jgn risau :) Allah itu sangat penyanyang dan sangat sangat pengampun. Dia sentiasa memberikan peluang untuk kita memperbaiki kesilapan kita. dan bersyukur. just grab the chances! :D