..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Thursday, April 12, 2012

Annatiqa, Soul That Can Speak To You

Wahai Annatiqa,
apabila melihat sahabat melakukan sesuatu yang tidak disetujui oleh iman,
janganlah kau terburu-buru,
fikirkan cara yang paling hikmah bersulamkan kasih sayang,
jika kau terburu-buru saat itu dan tika itu,
akan menjauhkan dia dari kamu.


Kebenaran atau ukhuwah?


Wahai Annatiqa,
aku ingin tarbiyyah dia secara lembut dan hikmah,
mengatur strategi pintar,
antara ukhuwah dan kebenaran,
ukhuwah perlu didahulukan mengikut situasi tertentu,
situasi sepertiku ini.

Namun,
aku tahu tidak selamanya harus berdiam diri,
apabila tiba waktunya, ASAP,
kebenaran akan diluahkan,
amanah Allah padaku,
menjunjung mulia akhlak kekasihNya, Muhammad.

Wahai Annatiqa,
aku mahu dekati dia,
menjalinkan ukhuwah dahulu dengannya,
tarbiyyah hatinya yang lembut menerima,
sedikit demi sedikit,
agar terpatri cinta ukhuwah fillah.


Bantu ya Allah,
kuatkan hatiku,
kuatkan hati dia,
sabarkan jiwa murabbi,
dekati mad'u.


* kuliyah Tafaqquh :: manusia mempunyai sejenis nafsu yang boleh berbicara. nafsu inilah yang membezakan antara kita dan binatang. ia dinamakan bisikan hati. bisikan hati yang boleh faham dan boleh berfikir. ia juga boleh membawa fadhilat yang baik atau buruk bergantung kepada kita :)


 pernah tengok cerita NARUTO tak? haaa HARUNO SAKURA merupakan watak seorang remaja perempuan yang perbuatannya kadang-kadang tidak seperti apa yang ditonjolkan oleh INNER SAKURA.




jadi. Tak mustahilkan untuk kita mengarahkan INNER kita kearah kebaikan? baik atau buruknya INNER, kita yang tentukan.
insyaallah INNER comel, OUTER pun comel ^_^v

No comments: