..

..
Allahumma dini wa syaddidni

Saturday, July 2, 2011

Tahniah buat Islamic Princess! Im Proud of You

Wahai islamic princess,
kakak bangga kat kamu semua menjadi princess princess yang cantik mengalahkan patung Barbie. Juga bangga kerana sanggup berpanas, sampai kena pakai sunblock, sampai belang-belang tiap tiap petang demi untuk meluruskan saf-saf ( barisan). Alangkah bagusnya jika saf-saf tersebut selurus, seteguh solat dan iman kita semua.

Wahai islamic princess,
kakak bangga kerana kamu semua berjaya menjadi juara bertahan selama 5 tahun berturut-turut. Sungguh kakak bangga. Kerana inilah yang di idamkan oleh saya. Iaitu melihat adik adik (junior) tersayang berjuang di padang selama pemergian kakak ke pengajian tinggi. Alhamdulillah Allahuakbar! Alangkah bagusnya jika kita juga berjuang ke jalan Allah SWT.

Wahai islamic princess,
kakak rindukan kamu semua. Rindukan melihat keteguhan saf-saf kamu. Rindukan melihat gelagat kamu yg mencuit hati. Rindukan latihan-latihan setiap petang yang pernah kita luangkan masa bersama suatu ketika dahulu. Ingin sekali kakak memeluk kamu semua. Sungguh demi Allah, alangkah bagusnya jika kita merindukan saat bersama Allah dan RasulNya. Sungguh demi Allah! Alangkah bagusnya jika saat ini kita dapat memeluk nabiNya.

Wahai islamic princess,
ketahuilah. Merah jambu bukan ertinya lembik. Lembutnya merah jambu itu jangan di sangka lemah! Selembut merah jambu, tetapi tegas pendiriannya. Tidak mudah dipermainkan. Begitu juga selembut akhlaknya. Mudah mudahan. Amin. Ketahuilah jua. Bahawa merah jambu itu warna kesukaan nabi Muhammad saw.

Wahai islamic princess,
teruskanlah berusaha. Teruskan berjuang tidak kira dalam apa pun. Kakak sentiasa berada disisi kamu. Sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu. Akhir kata, selamat berjuang di medan peperiksaan PMR dan SPM. Buat yang terbaik, good luck untuk trial. Sebulan je lagi kan?


Sekali lagi. Tahniah buat pasukan Puteri Islam SMK Pasir Putih. Kalian sentiasa juara dlm hati saya.

Dari :: kakakmu dibarisan paling hadapan, pemegang sepanduk Puteri Islam. juga merangkap sebagai setiausaha batch 2009.

1 comment:

Nurfarhana said...

alhamdulillah. rezeki semua. 5 tahun berturut bertahan menang kalahkan unit yang lain walaupun dimalukan habis dengan semua orang dekat padang. :) amin~